
Jumaat , 04/03/2011 – Imad Sayid, Jurucakap Jawatankuasa Keluarga Tawanan di Penjara Mesir menyatakan bahawa pasukan Mesir, Khamis (3/3) membebaskan 12 tawanan Palestin di Mesir.
Dalam satu pernyataan akhbar, Sayid menyatakan bahawa sejumlah tawanan dibebaskan dari penjara Aqrab, dijadualkan 6 daripada tawanan akan pulang ke Gaza, sementara 6 lainnya tetap di Mesir, kerana mereka mendapat keizinan untuk tinggal di Mesir. Namun sehingga kini belum ada yang tiba di Gaza.
Sayid meminta pasukan Mesir membebaskan semua tawanan Palestin di penjara Mesir yang jumlah mereka lebih dari 30 orang.
Sementara itu Pertubuhan Hak Asasi Manusia di Britain mengajukan kepada Majlis Tinggi Angkatan Bersenjata yang mengendalikan urusan Mesir untuk memenuhi tuntutan pembebasan tawanan yang telah ditahan lebih dari 4 tahun.
sumber : COMES
penterjemah : osman