
Selasa , 08/03/2011 – Yayasan Warisan dan Sejarah Al-Aqsa dalam kenyataan pada hari Khamis (3 Mac) memberi amaran akan peningkatan usaha serangan Zionis terhadap Masjid Suci Al-Aqsa, menampilkan barisan besar tentera dan agen-agen Zionis, yang mengepung dan menceroboh seluruh Aqsa.
Yayasan itu menekankan bahawa serangan ini bertujuan untuk merampas masjid berkah ini, dan menegaskan, “perjuangan berterusan, dan penjagaan ketat daripada ahli Al-Aqsa dan Palestin adalah barisan pertahanan pertama masjid ini.”
Pertubuhan itu dan beberapa orang saksi menyaksikan pencerobohan Masjidil Aqsa oleh sekumpulan besar agen Zionis petang Rabu lalu melalui Pintu Maghrib. Mereka membuat rondaan yang mencurigakan di kawasan masjid lama yang berbumbung, padang-padang dalam, kemudian bergerak ke Masjid Qubbah Sakhra sebelum keluar melalui Pintu Salsilah. Menurut yayasan itu, “terdapat saksi lain yang melaporkan kejadian sama oleh sekumpulan besar tentera Zionis beberapa hari lepas yang juga melibatkan barisan tentera wanita.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen