
Khamis , 10/03/2011 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah memberi notis pengosongan kepada sejumlah warga di Desa Beit Ummar, Al-Khalil, dengan mendakwa bahawa rumah-rumah mereka berdekatan dengan jalan pintas Quds-Khalil.
Sumber tempatan berkata kepada PIC tentera itu dipercayai ingin mencegah penduduk daripada melemparkan batu ke arah kenderaan tentera dan kereta penduduk ‘yang melalui berhampiran kota itu. Tentera Zionis Israel IOF juga menahan sepuluh warga Palestin pada Subuh Isnin di kebanyakan wilayah Tebing Barat.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz