Categories
Berita Semasa

Persidangan Yayasan Al-Quds : pengabaian hak rakyat Palestin adalah pengkhianatan terhadap negara.

Khamis , 10/03/2011 – Yayasan Al-Quds dalam persidangan kali ke-8 di Khartoum, yang diakhiri dengan persepakatan yang dinamakan “Deklarasi Khartoum”, yang menyatakan bahawa, “apa sahaja pengabaian Al-Quds atau pencabulan hak rakyat Palestin adalah dianggap sebagai pengkhianatan kepada negara.”

Deklarasi itu menyeru pihak Fatah di Ramallah untuk menghentikan segala bentuk kerjasama, koordinasi keselamatan dan rundingan bersama rejim Zionis, Fatah juga mesti cenderung ke arah keputusan barisan pertahanan dan menjaga kepentingan Palestin dan menghentikan pecah belah secara serta-merta.”

Dalam kenyataannya lagi, “pendirian pentadbiran Amerika yang memusuhi rakyat Palestin dan hak mereka, dan memberi sokongan penuh kepada pihak musuh, Zionis, serta membekalkan mereka dengan segala jenis bantuan, jaminan, dan menutup jenayah mereka, menunjukkan bahawa pihak Amerika akan terus meneruskan kerjasama strategik bersama rejim Zionis melawan rakyat kita, merampas keamanan kita, dan menafikan segala hak rakyat Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen