Mishaal: Hamas Tidak Akan Campur Tangan Damascus

Isnin, 03/04/2006 –

Khaled Mishaal menegaskan Hamas tidak akan campur tangan atau terlibat dalam mana-mana hal atau masalah dalaman negara-negara Arab.

Akhbar harian Kuwait Al-Watan hari Selasa menerbitkan kenyataan Mishaal yang mengatakan rakyat Palestin yang berarak memegang gamabar Saddam Hussein merupakan hak masing-masing dan tidak mewakili seluruh masyarakat Palestin.

Setiap rakyat Palestin berhak menyuarakan pendapat dan sokongan mereka dan menghormati pandangan individu tersebut.Mishaal berkata lagi Hamas sentiasa berusaha mengimbangi keadaan semasa dan tidak akan terlibat dalam mana-mana perbezaan antara negara Arab yang boleh mengeruhkan hubungan Hamas dengan negara Arab.