
Sabtu , 19/03/2011 – Para pemuda Palestin telah melancarkan laman Facebook menyeru perarakan sejuta umat dari Bethlehem dan Ramallah menuju Baitulmuqaddis. Perarakan itu seiring dengan Hari Bumi pada akhir Mac.
Mereka menyeru para Muslim dan Kristian Palestin untuk memecahkan sekatan Israel serta bersolat di Masjid Aqsa dan Gereja Kebangkitan serta berarak untuk menuntut pengakhiran pencerobohan Israel.
Para peserta akan berarak menuju kota Baitulmuqaddis dari Ramallah ke utara dan dari Bethlehem ke selatan. Mereka menyeru media, kumpulan hak asasi, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin dan orang ramai untuk menyertai acara bersejarah ini.
Mereka menambah bahawa mereka akan terus bersolat dan membuat tuntutan di Baitulmuqaddis selagi Israel masih berdegil meneruskan sekatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati