
Khamis , 24/03/2011 – Pusat hak-hak kemanusiaan Palestin menegaskan bahawa rejim Zionis telah melakukan jenayah perang beberapa hari lalu apabila tenteranya (IOF)membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa di Kem Pelarian Nusseirat yang terletak di
tengah-tengah Gaza.
Dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Ahad lalu, pusat itu memaklumkan bahawa IOF telah menggunakan tindakan yang membawa maut dan ekstrim ke atas kanak-kanak Gaza yang berusia kurang daripada 18 tahun. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam Ahad lalu, IOF menggunakan bom peluru ketika mengebom kawasan perlindungan penduduk di timur Johr Al-Deek.
Menurut pusat itu lagi, IOF menembak dan mengebom secara bertubi-tubi ke arah kawasan yang sama sehingga lewat tengah malam. Sebelumnya, pada pagi Ahad itu (20/03/11) kereta-kereta kebal dan kenderaan-kenderaan berperisai rejim Zionis telah merempuh masuk sehingga 400 meter ke dalam kawasan tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa