Categories
Berita Semasa

8 syahid dan puluhan cedera serangan 24 jam dari Zionis

Khamis , 24/03/2011 – Dua pejuang dari Brigade Al-Quds, sayap ketenteraan bagi gerakan Jihad Islami, dilaporkan cedera pada pagi Rabu (23 Mac) dekat Hayyu Syujaieyah, di timur Bandar Gaza.

Sumber badan perubatan memberitahu Pusat Informasi Palestin bahawa serangan peluru yang dilancarkan oleh jet perang Zionis mensasarkan penduduk awam mengakibatkan 2 kecederaan di mana mangsa pertama berada dalam keadaan kritikal dan kaki kiri beliau sudah dipotong, selain terdapat kemungkinan bahawa tangannya juga perlu dipotong. Oleh kerana cedera parah, mangsa kini ditempatkan di Unit Jagaan Rapi. Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.

Menurut wartawan Pusat Informasi Palestin : “jet perang Zionis melepaskan peluru misil ke arah sekumpulan pejuang pertahanan di Jalan Al-Mansoura, dekat Hayyu Syujaiayah, Gaza. Misil tersebut telah merosakkan kenderaan milik barisan pertahanan tersebut sebelum dilancarkan pula ke arah para pejaung yang berada di tempat tersebut.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen