
Isnin , 28/03/2011 – Perdana Menteri Palestin Ismail Haneyya telah menegaskan kepada Presiden Mahmoud Abbas untuk datang ke Jalur Gaza untuk memulakan perbincangan penyatuan dengan menyelesaikan semua masalah nasional.
Seruan itu adalah sejajar dengan demonstrasi di Jalur Gaza dan Tebing Barat menuntut menamatkan perpecahan politik Palestin.
Abbas menjawab tetapi menetapkan syarat sebelum menuju ke Jalur Gaza, mengatakan perundingan haruslah sekitar pilihan raya yang akan diadakan pada bulan September.
“Kita perlu meletakkan satu masa perbicaraan dan kemudian bersetuju mengadakan persidangan kebangsaan di sini dan di luar negeri untuk menjelaskan masalah Palestin,” kata Haneyya semasa berkunjung ke rumah Ahmed Yassin, menandakan tujuh tahun pembunuhan oleh tentera Zionis.
“Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) harus direformasi, dan pemilihan perlu diadakan untuk Dewan Nasional Palestin (PNC) untuk mencapai pilihan raya yang sebenarnya,” katanya.
Dia menegaskan bahawa bahawa Hamas percaya perbincangan harus mendahului penyatuan, menambah bahawa perjanjian penyatuan Makkah membuktikan bahawa penyatuan tanpa pembicaraan akan gagal membawa hasil yang diingini.
Sementara itu, Majlis Perundangan Palestin (PLC) ahli Mushir al-Masri menyeru Fatah untuk meninggalkan pra-syarat mereka dan memulakan perbincangan penyatuan.
Dia mengatakan kenyataan-kenyatatan oleh Fatah telah menunjukkan keraguan mereka terhadap usaha ini, dan menambah bahawa penangkapan berterusan dan perbicaraan tentera di Tebing Barat telah menimbulkan soalan tentang keseriusan panggilan terkini parti Fatah untuk dialog nasional.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
 penterjemah : ameen