Categories
Berita Semasa

Resheq: Hubungan Hamas dengan Mesir semakin baik

Selasa , 05/04/2011 – Seorang anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq mengumumkan bahawa hubungan pergerakannya dengan kerajaan Mesir adalah baik dan terus menunjukkan tanda-tanda positif lanjutan daripada kunjungan-kunjungan
politik yang dilakukan Hamas ke Mesir.

Satu delegasi daripada Hamas yang diketuai oleh Mahmoud Zahar telah bertemu dengan Menteri Luar Mesir pada Selasa lepas dan dijangka akan bertemu pula dengan Majlis Tertinggi Tentera Bersenjata pada hari Rabu, yang telah diambil-alih kuasa selepas Hosni Mubarak dijatuhkan.

“Hubungan antara Hamas dengan Kaherah terus bertambah baik selepas berlakunya revolusi Mesir yang terkenal baru-baru ini,” kata Resheq. “..dan hari ini ini Mesir semakin hampir menguasai jalan-jalan Arab secara umumnya dan Palestin secara khususnya . Kuasa Mesir dalam dunia Arab semakin meningkat hari ini. Hubungannya pula dengan Hamas adalah baik dan terus menampakkan tanda-tanda positif.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa