
Selasa, 12/04/2011 – Timbalan Speaker Majlis Parlimen Palestin Dr. Ahmed Bahar menyeru Liga Arab supaya bertanggungjawab dan membuat tindakan berani menentang keganasan Israel ke atas Semenanjung Gaza, sewaktu liga itu bersiap siaga untuk bermesyuarat pada Ahad.
“Kami tidak mahukan ‘kutukan’, tetapi kami mahukan keputusan dibuat untuk menghentikan keganasan, membuang sekatan dan membangunkan Gaza” kata Bahar.
DIa juga menyeru Liga Arab supaya menyokong komitmen yang dicanangkan dalam Sidang Puncak di Amman pada Mac 2001 yang menekankan kepentingan tribunan khas untuk menghadapkan Israel ke tribunal jenayah perang.
Berkata tentang keganasan Israel terbaru, Bahar berkata, “keganasan Zionis pada 3 hari lepas telah menyebabkan kematian 19 orang, dan lebih dari 70 yang lain cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Dan Israel telah menggunakan senjata yang dilarang dalam usaha untuk menyerang Palestin dan menidakkan hak asasi penduduk Palestin – yang mana bukan sesuatu yang baru bagi entiti yang cacat (Israel) ini, malah menjadi satu kebiasaan, dan menjadi polisi Talmud Yahudi untuk menghapskan penduduk lain dan penentangannya,”
Bahar juga menyeru setiausaha agung PBB, Ban Ki Mun supaya menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah artikel 99 carta UN untuk melaksanakan tuduhan jenayah perang dan mengarahkan Majlis Tertinggi Mesir dalam Ketenteraan dan negara Muslim serta Arab yang lain untuk campur tangan dalam serangan ganas Israel ini.
Dia menekankan kepentingan laporan Goldstone dalam agenda di Mesyuarat Agung PBB yang akan datang.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz