Categories
Berita Semasa

IOA mula membina kilang-kilang baru di Salfit, Palestin

Selasa, 12/04/2011 – Pihak berkuasa Israel (IOA) membenarkan pembinaan kilang-kilang baru di kawasan perindustrian Burkan di atas tanah Palestin di barat kota Salfit.

Sumber kesihatan Palestin berkata, kilang-kilang tersebut menjejaskan alam sekitar, termasuk air bawah tanah, tanah dan udara. Penyebaran kanser di populasi kampung-kampung terdekat serta jenis nyamuk baru merebakkan penyakit yang tidak diketahui sebelum ini di kawasan tersebut, mereka menambah.

Sumber-sumber itu berkata, kilang dan penempatan Israel menyalurkan pembuangan sisa ke tanah Palestin. Para pekerja Palestin di kilang-kilang itu berkata, para pemiliknya tidak peduli dengan penjagaan alam sekitar serta kesihatan pekerjanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati