Categories
Berita Semasa

Sukarelawan Bina Sekolah Di Ras Auja

Jumaat, 29/04/2011 – Warga Palestin dan sukarelawan antarabangsa, Selasa (26/4) meletakan batu asas pembangunan sekolah di kawasan Ras Auja di Aguar Selatan, dan menamakan sekolah ini dengan nama sukarelawan Itali yang terbunuh di Gaza beberapa minggu lalu, Vittorio Arrigoni.

Warga Palestin menyatakan kepada Pusat Informasi Palestina, lebih dari 70 penduduk dan sukarelawan antarabangsa mulai membina sekolah “Vittorio” untuk membantu lebih dari 70 siswa di kawasan Ras Auja dalam pembelajaran. Sekolah ini dibiayai pihak rasmi, didukung oleh sukarelawan Palestin dan antarabangsa.

Pembangunan sekolah ini menggunakan tanah dan bahan yang ada di kawasan sekitar. Mereka membuka luas pintu sumbangan dalam projek kemanusiaan ini. Pilihan nama sukarelawan Itali (Arrigoni) untuk menegaskan bahawa gugurnya sukarelawan ini tidak akan menghalang sokongan terhadap rakyat Palestin.
Kawasan Ras Auja terletak di Tenggara Tubas, Utara Jericho. Diduduki sekitar 300 keluarga desa yang tidak mendapatkan apa-apa layanan. Mereka terusir dari perkampungan mereka untuk kepentingan penempatan dan kem militan Israel, Homdat, yang dibangunkan pada tahun 1982 di kawasan seluas 142 hektar. Israel juga merampas tanah penduduk Palestin seluas 1500 hektar. Kem militan tersebut memisahkan demografi antaa Jericho dan Ras Auja.

sumber : COMES
penterjemah : osman