Categories
Berita Semasa

PPS isytihar 2010-2011 tahun perubatan terburuk setakat ini

Selasa, 03/05/2011 – Satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Tahanan Penjara Palestin (PPS) mengisytiharkan tahun 2010 dan suku pertama tahun 2011 sebagai tempoh terburuk penafian pihak berkuasa penjara rejim Zionis terhadap keperluan tahanan penjara warga Palestin untuk mendapat khidmat perubatan.

Seramai lebih kurang 20 orang tahanan penjara warga Palestin yang telah disahkan menghidap kanser, 88 orang menghidap diabetes dan 25 orang lagi mengalami kegagalan buah pinggang. Manakala, lebih kurang 20 orang tahanan lagi mengalami kegagalan fungsi saraf motor sementara 10 orang lagi kini tinggal secara tetap di Hospital Ramle. Mereka termasuklah 3 orang yang mengalami lumpuh separuh badan.

PPS turut menyentuh tentang kematian seorang tahanan penjara baru-baru ini yang bernama Saytan al-Wali of Golan Heights, 45. Mangsa sebelumnya telah dikesan mempunyai tumor dalam buah pinggang dan perlu dibebaskan dengan segera bagi membolehkannya mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Tetapi pihak berkuasa penjara rajim Zionis tidak mengendahkannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa