Rabu , 04/05/2011 – Jawatankuasa Pusat Pilihanraya pihak berkuasa Palestin (CEC) berkata bahawa pihaknya akan tetap membuat persediaan untuk mengadakan pilihanraya umum yang dijangka berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang walaupun perbincangan ke arah perpaduan Hamas-Fatah yang sepatutnya menentukan bagaimana pilihanraya patut diadakan, sedang tertangguh.
CEC berkata bahawa pihaknya belum menerima sebarang keputusan baru daripada kerajaan di Ramallah untuk menghentikan persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum yang telah dirancang beberapa bulan lalu.
Menurut sumber CEC, persediaan untuk mengadakan pilihanraya umum sedang berjalan seperti yang dirancang, manakala penamaan calon akan diadakan pada bulan ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa