Jumaat, 13/05/2011 – Kementerian Tahanan Penjara Gaza memohon Pertubuhan Palang Merah agar meningkatkan usaha meringankan bebanan tahanan penjara warga Palestin yang menderita di penjara-penjara rejim Zionis. Kementerian itu turut meminta agar program lawatan oleh keluarga tahanan penjara dari Gaza disambung semula setelah ia dihentikan sejak 4 tahun lalu.
Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin lalu sempena Hari Antarabangsa Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang jatuh pada Ahad lepas, bahawa pertubuhan itu telah ditubuhkan sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertujuan untuk membantu manusia yang ditimpa krisis di serata dunia.
Telah dimaklumi bahawa Petubuhan Palang Merah telah dengan jayanya menjalankan tanggungjawabnya dalam pelbagai aspek di serata dunia tetapi apabila ia melibatkan rejim Zionis, pertubuhan itu tidak dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya serta tidak memberi tekanan kepada rejim Zionis agar tunduk kepada undang-undang antarabangsa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa