Rabu , 25/05/2011 – Yayasan Sejarah dan Pemeliharaan Al-Aqsa menegaskan bahawa petempatan Har Hazetiem yang sedang didirikan oleh Zionis di tengah seksyen Ras El-Amoud Al-Muqaddasi dekat puncak Bukit At-Tur (Az-Zaytun) bertentangan dengan Masjid Al-Aqsa, mengancam masjid suci (Masjidil Aqsa) yang terletak amat dekat dengan kawasan tersebut, kerana menyempitkan kawasan serta meletakkan para penduduk yang dipilih Zionis di bandar lama Al-Quds itu.
Wakil yayasan tersebut berkata dalam kenyataan pada hari Isnin (23 Mei) melalui laporan media berbahasa Hebrew mengulas berkenaan sambutan yang bakal disertai oleh para pemimpin dan tokoh Zionis pada hari Rabu depan, sempena perasmian siri satu bangunan baru di petempatan Har Hazetiem, yang pada hakikatnya telah menceroboh ke tanah Palestin. Wakil yayasan yang telah meninjau kawasan tersebut menegaskan bahawa memang terdapat masaalah dari petempatan ini yang bakal mengancam masjid suci ini.
Menurut apa yang dilaporkan, projek petempatan ini sedang berjalan besar-besaran, tanpa mengambil kira bahagian yang telahpun siap, dan pada masa yang sama Zionis sedang membina petempatan baru sebagai tambahan kepada Har Hazetiem yang dinamakan sebagai “Ma’ali David” ( Yang Teringgi David), di jalan yang bertentangan. Kedua-dua petempatan ini kemudian akan dihubungkan oleh jambatan yang bakal dibina.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen