Khamis , 26/05/2011 – Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouq, menganggap bahawa tindakan PLO selama ini sebagai satu “kesalahan bersejarah” apabila mengiktiraf rejim Zionis sejak tahun 1993, dan berkata PLO tidak mungkin akan mengulangi kesalahan seperti ini lagi.
Abu Marzouq berkata pada hari Selasa (24 Mei) sempena kehadirannya ke sidang media di Russia bersama dengan delegasi perwakilan faksi-faksi Palestin lain bahawa, “di dalam undang-undang antarabangsa dan kesemua persepakatan antarabangsa langsung tidak menyebut bahawa mana-mana parti, organisasi atau pertubuhan boleh mengiktiraf sesebuah negara, oleh itu adalah sangat tak masuk akal apabila Hamas dikehendaki mengiktiraf negara Israel.”
Beliau menambah bahawa pengiktirafan PLO terhadap Zionis, “adalah satu kesalahan bersejarah, kerana ia (PLO) bukanlah sebuah negara (tetapi parti) untuk mengiktiraf sebuah negara (negara Israel)”. Beliau menerangkan lagi, “jikapun PLO memang dikehendaki untuk mengiktiraf, ia mestilah dibuat secara mutual dan bukan keputusan satu hala sahaja, selain pengumuman untuk pengiktiran perlu dibuat pada akhir dialog (antara Israel dan PLO) bukan pada awalnya.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen