Categories
Berita Semasa

Kerajaan Gaza gesa pinggirkan rejim Zionis secara politik

Selasa, 31/05/2011 – Kerajaan Palestin pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haneyya yang mentadbir di Gaza menggesa komuniti antarabangsa supaya mengasingkan rejim Zionis kerana sikap perkauman yang diamalkannya sehingga menyebabkan harapan untuk membina penempatan bersama menemui jalan buntu.

Jurucakap kerajaan tersebut, Taher al-Nunu berkata dalam satu kenyataan pada hari Rabu lepas ucapan terbaru Netanyahu di hadapan Kongres Amerika Syarikat penuh dengan cerita bohong dan menghapuskan sebarang harapan yang menjadi tunggak kepada proses
perdamaian.

Menurutnya lagi, Netanyahu cuba untuk membakar api kemarahan para pemimpin Palestin sehingga membelakangkan perpaduan Negara dan sebagai cubaan mereka-reka pendapat masyarakat antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa