HAMAS mengecam tindakan penculikan warga asing

Gaza, 19/7/2004 (Hamasonline.net) ? Gerakan HAMAS yang merupakan gerakan popular rakyat Palestin menentang rejim Zionis mengutuk tindakan mereka yang menculik warga asing di Palestin untuk tujuan penentangan.


Penculikan yang berlaku pada hari Jumaat tersebut melibatkan empat orang aktivis kemanusiaan dari Peranchis dipercayai dilakukan oleh gerakan Briged Ahmad Abu Rish, pecahan dari gerakan Fath yang berideologi Nasionalisme.

Mereka telah melakukan penculikan tersebut ketika ke empat-empat aktivis tersebut sedang berada di salah sebuah kedai kopi di Khan Yunus. Para aktivis tersebut dilaporkan dalam usaha mereka membantu para pelarian di Khan Yunus untuk memperkemaskan bekalan eletrik di kawasan tersebut.

Mereka yang terkenal dengan bantuan dan juga pertolongan terhadap para pelarian itu
telah walaubagaimanapun telah dibebaskan selepas beberapa siri rundingan dijalankan di antar pihak berkuasa sementara dengan Briged tersebut.

HAMAS menegaskan, tindakan yang seumpama itu tidak membantu perjuangan rakyat Palestin menuntut kemerdekaan mereka, malah semakin memburukkan keadaan dan juga reputasi rakyat Palestin sendiri. Walau bagaimanpun mereka
meletakkan kesalahan tersebut di atas bahu Pihak Berkuasa sementara dari Pihak Berkuasa Palestin (PNA) yang banyak melakukan korupsi dan tidak
memperdulikan kondisi rakyat. Bagi HAMAS, walau apa pun yang berlaku ianya sepatutnya diatasi dengan cara yang lebih berhikmah dan berstrategi supaya tindakan-tindakan yang diambil oleh mana-mana fraksi perjuangan Palestin tidak akan merobekkan kesatuan di kalangan mereka.

HAMAS menyeru semua rakyat Palestin agar bersatu dan bangkit menentang penjajah Zionis yang semakin hari semakin mengganas membunuh saudar mereka di seluruh Palestin. HAMAS juga menyeru agar perjuangan yang dilakukan oleh
pelbagai fraksi perjuangan Palestin diteruskan demi mendapatkan kembali hak rakyat Palestin yang telah dicabuli oleh rejim Zionis.