Rabu, 01/06/2011 – Barisan Islam di bandar Ramallah mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh Adnan Ad-Dhomiri, jurucakap bagi Kementerian Keselamatan di Tebing Barat berkenaan isu tahanan politik di Penjara Kementerian Keselamatan, yang menafikan kewujudan sebarang tahanan di bawah tuduhan politik ataupun parti di penjara tersebut. Kenyataan ini dianggap sebagai memburukkan suasana dan usaha ke arah mencapa rekonsiliasi.
Kenyataan yang “ternyata bertentangan” dari Dhomiri itu adalah sesuatu yang mengejutkan, ditambah apabila terdapat kenyataan lain beberapa minggu sebelumnya yang menyatakan bahawa memang terdapat tahanan politik, dan pihak Kementerian Keselamatan belum menerima sebarang arahan rasmi untuk membebaskan mereka.
Barisan Islam dalam kenyataan kepada Pusat Informasi Palestin menyatakan : “kita sedia maklum bahawa tahanan Kementerian Keselamatan menurut definisi undang-undang Palestin yang sepatutnya diikuti adalah bermaksud mereka yang ditahan atas keselahan bekerjasama dengan Zionis dan menjalinkan hubungan bersama Israel, dan sebaliknya bukan mereka yang berjuang bersungguh-sungguh bersama-sama barisan Palestin untuk menentang Zionis.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen