Categories
Berita Semasa

Israel Akan Gunakan Kekuatan Tentera Untuk Hentikan Freedom Flotilla

Jumaat, 03/06/2011 – Pihak media Israel edisi Selasa (31/5) menegaskan bahawa auotoriti Zionis Israel tidak hanya cukup melakukan usaha diplomatik untuk menghentikan “Freedom Flotilla 2”, yang akan berlayar menuju Semenanjung Gaza akhir bulan Jun ini, namun juga akan menggunakan kekuatan tentera terhadap mereka yang tidak mematuhi arahan Angkatan Laut Israel.

Akhbar Israel berbahasa Ibrani, Ha’aretz, dalam satu laporan yang disiarkan Selasa (31/5), mengatakan bahawa PM Israel Benyamin Netanyahu tidak menolak kemungkinan menggunakan kekuatan ketenteraan terhadap pihak yang melanggar perintah Angkatan Laut Israel dan tetap ingin menuju ke pantai Gaza. Pernyataan Netanyahu tersebut secara eksplisit ditujukan kepada para sukarelawan yang menyertai Freedom Flotilla 2, yang akan memulai perjalanan mereka menuju Semenanjung Gaza pada 20 Jun ini.

Laporan yang ditulis oleh penganalis militan, Amos Hariel menyebutkan bahawa Angkatan Laut Israel sudah melakukan persiapan untuk menghentikan Freedom Flotilla. Mereka melakukan latihan ketenteraan yang intensif untuk menguasai dan menghalang lebih kurang 15 buah kapal yang dijangka akan menyertai Freedom Flotilla 2. Laporan tersebut menyatakan bahawa Angkatan Laut Israel kali ini akan fokus pada prosedur pengendalian massa, namun tidak menolak kemungkinan penggunaan kekuatan tentera.

sumber : COMES
penterjemah : osman