Jumaat, 03/06/2011 – Tentera rejim Zionis (IOF) yang diketuai oleh jentolak tentera memasuki kawasan Al-Farisiyya dan Al-Meita yang terletak di Lembah Garam, utara Lembah Jordan. IOF memusnahkan 13 bangunan milik Arab Badwi di lembah tersebut.
IOF meremukkan 8 buah rumah di Al-Meita, utara Lembah Garam di mana masyarakat Arab Badwi telah menetap di situ bertahun-tahun lamanya, walaupun rumah-rumah tersebut terletak jauh dari kem IOF. 6 buah rumah lagi dimusnahkan di Al-Farisiyya. Kemusnahan dilakukan ke atas rumah-rumah dan kandang haiwan dengan menggunakan jentolak ketika dikawal oleh kenderaan-kenderaan IOF yang lain. Beberapa buah rumah dan tempat perlindungan haiwan di kawasan terbabit juga telah dimusnahkan beberapa bulan lepas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa