Categories
Berita Semasa

ISFHR: serangan disasarkan kepada penduduk Palestin yang hidup

Rabu, 08/06/2011 – Yayasan Antarabangsa Bersatu untuk Hak-hak Kemanusiaan berkata serangan rejim Zionis ke atas Persatuan Muslimat al-Bara dan pejabat Dana Kebajikan Anak-anak Yatim Muslim pada pagi Selasa lalu di Jenin hanya berakhir setelah berlakunya siri kekejaman yang panjang, yang mensasarkan organisasi-organisasi yang beroperasi di wilayah Palestin yang dijajah.

Penyelidik ISFHR , Ahmed al-Beitawi melaporkan sebanyak 21 serangan dilakukan ke atas sejumlah institusi dan persatuan di wilayah Palestin sejak tahun 2010. Serangan-serangan tersebut mensasarkan tempat-tempat kebajikan, pusat-pusat kebudayaan dan seni, media serta persatuan-persatuan kampung. Yang paling disebut-sebut adalah serangan rejim Zionis ke atas Persatuan Kebajikan Al-Maqasid di Baitulmaqdis dan sebuah pergerakan antarabangsa bersatu di Ramallah pada penghujung Januari sehingga awal Februari 2010. dalam operai-operasi terbabit,rejim Zionis telah menangkap beberapa orang aktivis luar negara dan menghalau
mereka pulang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa