Categories
Berita Semasa

Israel Rancang Usir 30 Ribu Warga Palestin di Nejeb

Rabu, 08/06/2011 – Tersebar berita baru-baru ini berkenaan pemerintah Israel menyiapkan rancangan mengusir 30 ribu penduduk Palestin dari kampung mereka di daerah Nejeb wilayah selatan Palestin jajahan tahun 1948. Israel sedang fokus memperluas wilayah-wilayah baru seperti wilayah Raht, Kasivah dan Haurah.

Dalam rancangan yang disampaikan beberapa minggu lalu oleh pemerintah penjajah Israel untuk disetujui, penduduk Palestin di Nejeb akan diberi tanah ganti dan sejumlah wang sebagai ganti menggosongkan ratusan ekar tanah milik mereka.

Harian Israel Haaretz yang menyiarkan berita tersebut Khamis (2/6) bahawa kos rancangan tersebut akan mencapai perbelanjaan sekitar 6 hingga 7 bilion Shekel.

sumber : COMES
penterjemah : osman