Categories
Berita Semasa

Hanya 15% Pendatang Zionis Ingin Tinggal Di Al Quds

Khamis, 09/06/2011 – Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati hanya 15% pendatang Zionis ingin tinggal di kota al Quds, sementara sebahagian besarnya memilih untuk tinggal di kota Tel Aviv.

Akhir-akhir ini pemerintah Zionis Israel telah menyetujui untuk melaksanakan projek penempatan Zionis baru di al Quds. Projek tersebut bertujuan untuk mengubah realiti demografi di kota al Quds. Projek ini mencakupi pembangunan kota akademik, asrama mahasiswa yang ingin menyelesaikan tugasan wajib militan atau menunaikan tanggungjawab dengan pihak keselamatan dalam kerja-kerja sosial. Selain itu ia juga mencakupi pembangunan hotel-hotel baru di kota al Quds. Ini semua adalah projek Yahudisniasi yang memfokus pembangunan daerah tembok al Barak di (tembok barat) masjid al Aqsha.

Sebuah jawatankuasa Zionis dalam bidang penyelidikan pemasaran telah melakukan satu kajian terhadap pendatang Zionis dengan tujuan untuk menentukan perbezaan orientasi daerah-daerah perumahan di kalangan orang kaya di antara mereka dengan penduduk dari seluruh strata ekonomi.

Menurut hasil kajian ini, yang diterbitkan oleh surat khabar Israel “Yediot Ahronot”; Hanya 15% pendatang Zionis, dari strata ekonomi yang berbeza, lebih suka tinggal di kota al Quds, sedangkan 25% dari orang-orang kaya dan 17%n dari pelbagai strata ekonomi memilih untuk tinggal di Tel Aviv.

sumber : COMES
penterjemah : osman