
Khamis, 09/06/2011 – Pada pagi Selasa lepas, tentera rejim Zionis (IOF) telah menyerbu pejabat-pejabat beberapa anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC) dari pergerakan Hamas di Nablus. Komputer dan beberapa harta-benda mereka telah dirampas dalam serbuan berkenaan.
Salah seorang anggota PLC yang menjadi mangsa, Mona Mansour memberitahu Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa pada mulanya IOF telah mengepung bangunan yang terletak di wilayah Rafadia, Tebing Barat, yang menempatkan pejabat-pejabat PLC sebelum mereka melakukan serbuan.
Katanya lagi, IOF telah merampas komputer dan fail-fail yang mengandungi maklumat tentang anggota PLC dan permohonan-permohonan penduduk tempatan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa