
Isnin, 13/06/2011 – Pelampau-pelampau Yahudi disyaki membakar sebuah masjid di pertengahan Tebing Barat pada Selasa 7 Jun, menurut sumber polis dan saksi mata. Siasatan awal menunjukkan pendatang Yahudi dari penempatan berdekatan, Bait Ayen telah melakukan perkara yang biadab itu dengan menghalakan tayar-tayar terbakar dan sedang berpusing kepada masjid yang sederhana besarnya itu.
Sumber Israel berkata kejadian itu bertujuan sebagai protes terhadap pemusnahan pondok milik seorang pendatang yang dilakukan oleh tentera Israel minggu minggu lepas.
Kerajaan Israel mengutuk tindakan pelampau itu, menyifatkannya sebagai jenayah. Bagaimanapun dipercayai bahawa pihak berkuasa keselamatan Israel selalunya tidak akan bertegas atau bersungguh menangkap penjenayah seumpamanya. Ini kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh kerajaan yang pro-pendatang.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati