
Rabu, 15/06/2011 – Warga Palestin di Semenanjung Gaza yang dinafikan untuk memperbaharui pasport mereka oleh pihak berkuasa di Ramallah mengadakan tunjuk perasaan pada hari Isnin di depan pejabat PBB di kota Gaza.
Mereka membawa poster-poster mencela keputusan itu yang menurut mereka, ia adalah berdasarkan pada sekutu politik. Mereka meminta PBB untuk campur tangan dan menamatkan penderitaan mereka, khususnya ketika terdapat mereka yang sakit dan perlu perjalanan untuk rawatan.
Sebuah jawatankuasa dari warga Palestin mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini adalah sebagai sebahagian daripada siri tunjuk perasaan untuk memprotes keadaan mereka dan untuk mengesahkan hak-hak setiap warga negara untuk mendapatkan pasport.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada