
Khamis, 23/06/2011 – Pada Ahad lalu pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) telah memberi notis pemusnahan kepada penduduk Palestin yang menetap di utara Lembah Jordan, kata sumber tempatan. Menurut sumber itu lagi, IOA telah memberi amaran kepada 4 keluarga yang tinggal di kawasan Hadidiya bahawa mereka mesti merobohkan sendiri khemah dan rumah (yang diperbuat daripada tin) masing-masing dalam masa 1 ½ bulan. Kemudian, mereka mesti meninggalkan kawasan tersebut atas alasan bahawa kawasan tersebut termasuk dalam padang latihan tentera rejim Zionis.
Kira-kira 110 orang penduduk Palestin mendiami kawasan tersebut dalam keadaan yang tersangat daif terutamanya selepas penempatan haram Yahudi dibina di atas tanah penduuduk Palestin itu. Hanya 35 orang menghuni penempatan haram Yahudi itu.
Para pendatang haram berkenaan telah menyekat jalan yang menghala ke Hadidiya serta menghalang penduduk Palestin di situ melalui pagar yang dibina pendatang haram Yahudi berkenaan dengan tujuan untuk memisahkan penempatan haram mereka dengan Bandar Tobas dan Tamon yang didiami penduduk Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa