Selasa, 05/07/2011 – Penasihat utama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Yitzhak Molkho tiba di Kaherah tengah hari Rabu untuk membincangkan isu penangkapan askar Israel di Gaza, Gilad Shalit dan penangkapan ejen Mossad baru-baru ini di Kaherah, Ilan Grapel.
Media Hebrew melaporkan bahawa Molkho tiba dengan kapal jet peribadi dan akan berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir berhubung dengan proses damai, eksport gas kepada Israel serta isu Shalit, dan Grapel tanpa memberi maklumat lebih lanjut.
Shalit telah ditahan oleh puak pejuang Palestin di Gaza sejak Jun 2006. Mereka menuntut pembebasan ratusan tawanan Palestin, yang terdiri dari wanita, sakit, kanak-kanak, serta tawanan, sebagai balasan agar beliau dibebaskan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada