Categories
Berita Semasa

Penyair Amerika: Israel Negara Teroris Terbesar di Dunia

Selasa, 05/07/2011 – Seorang penyair Amerika, Alice Walker menganggap entiti Zionis sebagai negara teroris terbesar di dunia. Alice yang menyertai Freedom Flotilla2 merasa sedih, kerana Amerika telah menyumbangkan dana yang begitu besar kepada Israel untuk melakukan kehancuran di muka bumi ini.

Seorang penyair dan penulis pemenang Hadiah Pulitzer Prize For Fiction Amerika ini mengungkapkan dalam satu wawancaranya dengan majalah “Polisi Luar” yang terbit Rabu (29/6) menyatakan bahawa beliau pernah tinggal di Gaza pada tahun 2009. Beliau tinggal di antara puing-puing sekolah yang hancur akibat roket Israel. Beliau sangat sedih kerana negaranya telah membiayai kehancuran terhadap Palestin dengan menggunakan sumber cukai yang dipungut dari rakyatnya yang kemudian dijadikan senjata pemusnah oleh Zionis untuk menghancurkan Palestin.

Ketika ditanya tentang latar belakang penyertaannya dalam Freedom Flotilla2. Beliau mengatakan dia telah berada di Gaza pasca perang namun hanya sebentar. Beliau menyaksikan kehancuran dimana-mana yang sebelumnya dia tidak percaya. Sekarang beliau faham apa yang terjadi dan bagaimana sistem ekonomi dan kesihatan yang hancur teruk.

sumber : COMES
penterjemah : osman