Categories
Berita Semasa

Mishaal bincang isu perpaduan dengan Menteri Luar Mesir

Khamis, 07/07/2011 – Menteri Luar Mesir, Mohammed al-Orabi telah berkomunikasi dengan Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal berhubung perkembangan terbaru Palestin.

Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Minha Bakhum memaklumkan bahawa Mishaal telah menghubungi Orabi melalui telefon untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan terbarunya serta berterima kasih kepada Kaherah kerana memainkan peranan penting ke arah perpaduan dalaman Palestin.

Mishaal memaklumkan secara ringkas kepada Orabi tentang penubuhan kerajaan campuran Palestin dan memberitahu bahawa beliau akan melawat Kaherah tidak lama lagi untuk membincangkan lebih lanjut tentang isu perpaduan dalam Palestin dengan Orabi, kata Bakhum.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa