Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis kenakan denda $900,000 ke atas kanak-kanak Baitulmaqdis dalam masa 10 bulan

Selasa, 19/07/2011 – Pihak berkuasa rejim Zionis telah mengenakan denda berjumlah $900 ribu ke atas kanak-kanak Palestin di Silwan yang terletak di Baitulmaqdis atas kesalahan membaling batu ke arah kenderaan-kenderaan tentera rejim Zionis serta pendatang haram Yahudi sejak 10 bulan lepas.

Fakhri Abu Diab, salah seorang ahli jawatankuasa pertahanan hartanah Silwan berkata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, bahawa Mahkamah rejim Zionis telah melakukan penganiayaan ke atas penduduk Silwan dengan mengenakan denda yang melampau ke atas kanak-kanak mereka kerana pihak rejim tahu ahli keluarga kanak-kanak terbabit terpaksa membayar denda tersebut dengan apa cara sekalipun jika mahu anak-anak mereka dibebaskan.

Menurut Fakhri, ramai penduduk Baitulmaqdis terpaksa meminjam wang yang banyak untuk membebaskan anak-anak mereka sementara mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak mereka terus dipenjarakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa