Categories
Berita Semasa

Haneyya gesa Erdogan bantu pemulihan Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya telah menggesa rakan sejawatannya di Turki, Recep Erdogan untuk menyumbang kepada pemulihan Gaza serta berusaha untuk mengangkat sekatan di kawasan berhampiran pantai.

Dalam satu mesej daripada delegasi kerajaan Palestin ke Ankara, Haneyya menyeru kerajaan Turki memberi sokongan kepada rakyat Palestin. Perdana Menteri itu juga berharap agar Erdogan akan mengenengahkan isu Baitulmuqaddis di arena antarabangsa.

Haneyya berkata, Hamas telah memulakan rundingan dengan Fatah untuk memperkukuhkan kedudukan Palestin serta ingin mengumpulkan dunia Arab, Islam dan sokongan antarabangsa demi Baitulmuqaddis. Namun, campur tangan asing telah membantutkan usaha tersebut. Haneyya mendakwa campur tangan itu bertujuan memastikan Gaza terus diceroboh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati