Rabu, 20/07/2011 – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) menggesa campu tangan antarabangsa ketika rejim Zionis memperhebatkan serangan ke atas Gaza.
Dalam satu kenyataan yang dibuat pada Ahad lalu, PCHR memaklumkan bahawa rejim Zionis mensasarkan orang awam dan harta benda awam di beberapa lokasi di Gaza. Dalam tempoh beberapa hari lalu, 8 serangan udara dilakukan sehingga menyebabkan seorang terbunuh dan mencederakan 20 orang termasuk 5 kanak-kanak.
Serangan udara tersebut juga mengenai 3 kawasan latihan pejuang Palestin serta reban binatang dan memusnahkan sama sekali sebuah rumah, selain menyebabkan beberapa kerosakan terhadap rumah-rumah dan struktur lain. Serangan yang terbaru berlaku pada pagi Ahad lalu di Beit Hanoun yang mana sebuah perigi milik persendirian musnah serta mencederakan 9 orang awam Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa