Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Meratakan Tanah Palestin

Rabu, 20/07/2011 – Peneroka haram Yahudi meranapkan tanah Palestin di kampung Sa’eer, utara bandar Al-Khalil, pada hari Ahad di bawah perlindungan tentera Zionis Israel, kata sumber-sumber tempatan.

Pusat penyelidikan di bandar ini berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa peneroka haram ini datang dari penempatan haram berhampiran dan meranapkan kawasan tanah pertanian yang besar.

Pemilik tanah itu berkata bahawa jentolak meranapkan tanah mereka tanpa notis terlebih dahulu, dan peneroka haram menarik diri dari kawasan itu apabila rakyat mula berkumpul berhampiran mereka.

Beliau menggesa media dan kumpulan hak asasi manusia untuk hadir bersama apabila peneroka haram dijangka kembali pada pagi Isnin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen