Categories
Berita Semasa

Zionis berniat halang Dignity ke Gaza

Rabu, 20/07/2011 – Sumber politik Zionis mengumumkan bahawa tentera laut Zionis tidak akan membenarkan kapal Perancis, Dignitiy, untuk berlayar ke Gaza, melalui perairan Gaza, dan pada waktu yang sama menggesa rangkaian NGO Palestin untuk memberhentikan perjalanan kapal itu secepat mungkin.

Sumber itu berkata, dalam kenyataan yang disiarkan oleh radio Hebrew pada hari Isnin (18 Julai) : “ahli kapal Dignity Perancis mahu menceroboh masuk ke kawasan perairan untuk sampai ke Gaza, dan mereka ingin berhadapan dengan ketenteraan kita. Oleh itu kita, Israel, akan menghalang kapal Perancis ini daripada tiba ke Gaza.”

Kapal Dignity yang memulakan perlayaran kelmarin dari pelabuhan Greek menjangkakan bahawa kapalnya akan tiba di Gaza selepas Zohor hari Selasa, dan memuatkan beberapa sukarelawan Perancis dan bangsa lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen