Haneyya Menyeru Parlimen Seluruh Dunia Berusaha Mengangkat Sekatan di Gaza

Rabu, 27/07/2011 – Perdana menteri Gaza, Ismail Haneyya menyeru dunia supaya berusaha mengangkat dan menghapuskan sekatan dan kekangan yang menekan Semenanjung Gaza dan menghentikan tindakan kejam Israel ke atas penduduk Palestin.

Haneyya membuat kenyataan itu pada petang Ahad ketika pertemuan dengan delegasi senior parlimen Eropah, dan menambah bahawa seruan itu khasnya untuk parlimen Eropah dan amnya kepada parlimen seluruh dunia.

Beliau juga berharap agar lawatan delegasi itu juga membantu memecahkan sekatan ke atas Gaza, sambil memberitahu bahawa kerajaan dan rakyat Palestin sangat berterima kasih atas usaha yang dilakukan sehingga ke akhirnya.

Perdana Menteri itu memuji delagasi itu kerana melawat Gaza dan menerangkan kepada mereka tentang keadaan Palestin termasuk tindakan Israel yang sentiasa menyerang rakyat Palestin yang tidak bersenjata, terutamanya di bahagian pesisir (Gaza).

Delegasi itu berjanji akan membawa mesej perdana menteri ke seluruh dunia dan menyeru majlis antarabangsa menilai kembali posisi kerajaan di Gaza dan membuka dialog dengan kerajaan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz