Reshaq : Kedatangan ke mesyuarat Majlis Pusat, lebih buruk dari baiknya.

Jumaat, 29/07/2011 – Anggota Biro Politik Hamas, Ezzat Ar-Reshaq, menegaskan bahawa jemputan dari Pengerusi Majlis Kebangsaan, Saleem Az-Za’noun kepada Pengerusi Majlis Legislatif, Aziz Dweik, untuk menyertai mesyuarat Majlis Pusat bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi yang lebih wajib adalah untuk mempercepatkan proses pembentukan kerajaan dan mengadakan pertemuan di antara para pimpinan yang berkhidmat untuk rakyat Pelstin terlebih dahulu, membebaskan para tahanan yang diculik serta menggerakkan fungsi Majlis Legislatif.

Reshaq menerangkan dalam kenyataan yang disebarkan dalam laman sosial Twitter miliknya bahawa beliau tidak meragui niat Az-Za’noun dan usahanya yang ikhlas untuk mereaslisasikan kebersamaan usaha (pembaikan Palestin), tetapi kata beliau, “kita tidak mahu mengambil jalan pintas dan mengabaikan usaha rekonsiliasi, langkah-langkah ke arah tersebut, dan fail berkenaannya yang telahpun disepakati. Masaalah sekarang adalah tumpuan sesetengah pihak terhadap usaha perdamaian yang gagal dan tidak sempurna.. Apa yang diperlukan sekarang sebenarnya adalah kehendak sebenar-benarnya, dan keputusan kebangsaan untuk mengimplementasi kesemua fail rekonsiliasi yang telah disepakati dahulu, serta menghentikan segala halangan dan sekatan yang menganggu rekonsiliasi ini.”

Tambah beliau : “Ini adalah perkara yang diwajibkan untuk diambil langkah sebenar, bukan sekadar langkah simbolik dan pura-pura, dan kehadiran ke mesyuarat Majlis Pusat tidak akan “mengenyangkan dan menghilangkan lapar”.. dan keburukannya adalah lebih banyak dari kebaikannya… dan sebagai kesimpulan apa yang saya ingin katakan adalah terjemahan keseriusan yang tinggi dan keikhlasan dalam kesatuan barisan (Palestin) adalah dalam bentuk kerjasama dan menyegerakan usaha ke arah mengimplementasi rekonsiliasi seperti yang telahpun disepakati.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen