Categories
Berita Semasa

Hamas mahu Zionis bertanggungjawab terhadap jenayahnya di Qalandia

Rabu , 03/08/2011 – Hamas mengutuk keras jenayah pembunuhan beramai-ramai warga Palestin di Kem Pelarian Palestin di Qalandia dekat Bandar Al-Quds pada hari pertama bulam Ramadhan AL-Mubarak, dan mahu Zionis bertanggungjawab ke atas tindakan kejam mereka itu.

Hamas berkata dalam kenyataan Biro Medianya, yang diterima Pusat Informasi Palestin, : “Kami, pihak Hamas, mengutuk dengan sekras-kerasnya jenayah ini, dan kami tuntut supaya Zionis bertanggungjawab penuh ke atas segala aspek jenayah pembunuhan kejam yang dilakukan dengan ganas oleh Briged Kufair, salah satu sayap tentera Zionis, yang telah ditugaskan untuk melakukan jenayah paling kejam terhadap anak-anak bangsa kita di Tebing Barat.”

Hamas memberi amaran kepada Zionis tentang akibat yang mereka akan terima kerana berterusan, “melakukan jenayah terhadap penduduk awam dari rakyat Palestin”, dan menekankan kepada Pihak Keamanan Fatah di Ramallah bahawa mereka, “memikul tanggungjawab politik dan sosial untuk mempertahankan anak-anak kita dari menjadi mangsa perang Zionis yang tak putus-putus menyerang dan membunuh secara kejam di Tebing Barat”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen