Selasa , 09/08/2011 – Dr. Issam Yousef, Koordanator Umum bagi ‘Miles of Smiles 4’ berkata bahawa 3 lagi konvoi bantuan terbaru akan dihantar ke Gaza dalam masa 3 bulan akan datang termasuk satu daripadanya pada hujung bulan ini.
Yousef yang berkata demikian pada Isnin lalu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Gaza, Ismail Haneyya dan delegasi belia antarabangsa yang memasuki Gaza bersama konvoi terbabit, menyeru agar konvoi-konvoi bantuan sepertinya terus dilakukan sehinggalah sekatan ke atas Gaza dihapuskan.
Katanya lagi, konvoi pertama dijangka tiba ke Gaza pada penghujung Ramadan ini, yang kedua akan tiba antara perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, manakala yang ketiga akan tiba semasa sambutan Aidiladha. Sementara itu, Haneyya berkata bahawa para belia di dunia ini menyokong rakyat Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa