Categories
Berita Semasa

Israel Diminta Bebaskan Wartawan Aljazeera

Isnin , 15/08/2011 – Jaringan Eropah untuk Membela Hak-hak Tawanan Palestin meminta penjajah Zionis Israel segera membebaskan wartawan Palestin Samir Alawi (46) yang bekerja sebagai wartawan Aljazeera di Afghanistan. Beliau ditangkap ketika meninggalkan Tebing Barat hari Selasa lalu setelah mengunjungi keluarga di kampung halamannya.

Pihak Jaringan Eropah mengecam tindakan pasukan Zionis Israel yang menangkap dan menahan wartawan Alawi ketika hendak pergi ke Jordan setelah selesai mengunjungi keluarganya di kampung Sebastia di Nablus, wilayah utara Tebing Barat. Dari sana mangsa dibawa ke markas siasatan Jamla di kota Haifa sebelum akhirnya beliau ditahan selama 4 hari untuk menjalani siasatan.

Tindakan penangkapan ini membuktikan bahawa otoriti penjajah Zionis Israel tidak menghormati kebebasan berpendapat apatahlagi Alawi datng ke Palestin khusus dalam rangka mengunjungi keluarganya.

sumber : COMES
penterjemah : osman