Isnin , 15/08/2011 – Menteri Urusan Tawanan Palestin Dr. Athallah Abu Sabih menyeru pertubuhan hak Asasi Manusia, Liga Arab dan badan-badan bebas di dunia untuk menekan penjajah Zionis Israel agar membebaskan tawanan Palestin Zakaria Isa yang menderita tumor di kepalanya.
Abu Sabih menyatakan bahawa penjajah Zionis Israel bertanggungjawab atas nyawa tawanan terutama tawanan Zakaria Isa. Belia menegaskan bahawa penjajah Zionis Israel meningkatkan permusuhannya secara keras terhadap para tawanan Palestin dalama bulan Ramadhan. Tindakan-tindakan kekerasan masih dilakukan Israel terhadap mereka.
Beliau menjelaskan bahawa tawanan Zakaria Isa adalah salah seorang tawanan Palestin yang sudah tinggal selama lebih dari 10 tahun di penjara Israel dan selama itu beliau bergelut dengan penyakit yang dihidapinya. Beliau menyatakan Zakaria sering pengsan yang kemudiannya dikenalpasti menderita tumor di kepalanya. Ini menyebabkan beliau sering pengsan selama berjam-jam tanpa diberikan rawatan yang sewajarnya.
sumber : COMES
penterjemah : osman