Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis beri tawaran pampasan, tanpa mohon maaf kepada Turki

Isnin , 15/08/2011 – Rejim Zionis memberi tawaran untuk menggandakan pampasan kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan Mavi Marmara yang berlaku pada Mei 2010 sebagai ganti permohonan maaf secara rasmi atas serangan tersebut seperti yang dituntut Turki, kata seorang pegawai politik rejim Zionis kepada akhbar
harian mereka, Ma’ariv pada Khamis lepas.

Dalam cadangan terbaru, mereka merancang untuk menaikkan nilai pampasan daripada US $50 ribu kepada US $100 ribu kepada setiap keluarga mangsa yang berketurunan Turki bagi mengelakkan perlunya mereka memohon maaf secara rasmi.

Pegawai itu berkata, kerajaan Turki masih belum memberi jawapan kepada tawaran itu yang mana rejim Zionis berharap ianya dapat menamatkan krisis diplomatic antara kedua-dua Negara berikutan serangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa