Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik 11 Rakyat Palestin, Serbu Jalan Berhampiran Ibu Pejabat PA

Jumaat, 07-01-2022 – Rejim Zionis pada pagi Rabu lalu telah menculik sekurang-kurangnya 11 warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Menurut Persatuan Tahanan Palestin di Tulkarem, Rejim Zionis menculik enam warganegara semasa serbuan ke atas rumah di beberapa kawasan berbeza di Tulkarem.

Rejim Zionis turut menculik tiga warganegara dikenali sebagai Ghassan Saif, Isam Ayman dan Khuzam Daghlas dari bandar Burqa di utara Nablus dan seorang lagi yang dikenali sebagai Nabil Diyab dari bandar Beita di selatan.

Di al-Khalil, rejim Zionis menceroboh dan menggeledah rumah ahli parlimen Palestin Mohamed at-Tal di bandar al-Dhahiriya, tanpa membuat sebarang tangkapan.

Di timur Baitulmaqdis, seorang warganegara dikenali sebagai Ahmed Adel telah ditahan semasa serbuan polis di rumahnya di bandar Abu Dis.

Dalam kejadian berasingan, rejim Zionis telah membuat serbuan di waktu subuh di beberapa jalan berhampiran ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Bandar Ramallah di Tebing Barat tengah.

Menurut sumber tempatan, tentera Israel yang menaiki kenderaan tentera menyerbu jalan al-Irssal di bandar itu dan jalan-jalan lain berhampiran ibu pejabat PA dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan bom tangan.

Tindakan rejim Zionis itu mencetuskan pergaduhan dengan belia tempatan di kawasan itu, menurut sumber tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi serbu tapak purba Sebastia dengan perlindungan tentera

Jumaat, 07-01-2022 – Berpuluh penceroboh Yahudi pada pagi hari Rabu menyerbu bandar Sebastia, utara Nablus di Tebing Barat yang diduduki, dengan alasan melawat dan melakukan ritual di tapak arkeologi tersebut.

Datuk bandar Mohamed Azem berkata bahawa ramai penceroboh menyerbu kawasan bersejarah di bandar tersebut di bawah perlindungan tentera.

Azem menambah bahawa tentera rejim Israel mengepung kawasan sekeliling tapak tersebut dan menghalang penduduk tempatan daripada menggunakan laluan dan jalan menuju ke situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Polis Israel musnahkan pusat perubatan dan rumah di Baitulmuqaddis

Khamis, 06-01-2022 – Sumber tempatan menyatakan yang jentolak Israel dengan kawalan polis rejim, menyerbu bandar Jabal Mukaber di tenggara Baitulmuqaddis dan memusnahkan Pusat Perubatan Abdullah Al-Sheikh.

Rejim turut memusnahkan sebuah rumah dua tingkat yang dimiliki oleh keluarga Al-Rajabi di Beit Hanina.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Culik Beberapa Belia, Memanggil Beberapa Yang Lain di Baitulmaqdis

Khamis, 06-01-2022 – Polis rejim Zionis pada hari Isnin  lalu telah menculik beberapa orang pemuda dari Baitulmaqdis dan menyerahkan saman kepada beberapa orang lain untuk disoal siasat.

Menurut sumber tempatan, pasukan polis menyerbu bandar al-Ram di timur laut Baitulmaqdis dan menculik empat belia selepas menyerbu sebuah bangunan pangsapuri berhampiran ibu pejabat Dar al-Ifta.

Polis turut menyerahkan saman kepada beberapa pemuda Baitulmaqdis dari daerah Issawiya dan mengarahkan mereka untuk pergi ke pusat tahanan di jalan Salahuddin untuk disoal siasat.

Sementara itu, mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap seorang pemuda Baitulmaqdis bernama Barakat al-Zaatari, seorang penduduk kejiranan Wadi al-Joz.

Polis juga melanjutkan penahanan seorang lagi pemuda dari Baitulmaqdis bernama Khattab ash-Sharbati sehingga Khamis depan selepas menculiknya pada waktu pagi dari rumahnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Kongres Amerika Syarikat Anggap Israel Bertanggungjawab Sepenuhnya Ke Atas Nyawa Abu Hawash

Khamis, 06-01-2022 – Ahli Kongres Amerika Syarikat Rashida Tlaib menganggap kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesihatan dan keselamatan tahanan mogok Palestin Hisham Abu Hawash.

Hisham Abu Hawash – suami dan bapa kepada 5 orang anak, ditahan tanpa bukti, perbicaraan atau perbicaraan mahkamah (pelanggaran undang-undang antarabangsa) sejak Oktober 2020. Beliau melancarkan mogok lapar selama lebih 140 hari. Hanya Kerajaan Israel sahaja yang bertanggungjawab untuk situasi ini termasuk bagi kesihatan dan keselamatannya, Tlaib menulis di Twitter pada hari Selasa.

Doktor mengatakan bahawa Abu Hawash berisiko menghadapi kematian mengejut atau darah beku pada bila-bila masa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel musnahkan kemudahan milik warga Palestin di Tubas

Khamis, 06-01-2022 – Rejim Israel pada hari Selasa telah merobohkan sejumlah kemudahan milik warga Palestin di Khirbet Ibziq, utara Tubas.

Aktivis hak asasi manusia Aref Daraghmeh berkata rejim Israel merobohkan empat buah khemah dan kemudahan pertanian serta memusnahkan sepuluh tan makanan ternakan.

Minggu lepas, pejabat PBB untuk Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengeluarkan sebuah laporan mendokumenkan pencabulan hak asasi manusia oleh rejim Israel dan menyatakan bahawa sejumlah rumah dan bangunan milik warga Palestin telah dimusnahkan atau dirampas, dan penduduk yang kehilangan tempat tinggal pada 2021 menunjukkan pertambahan masing-masing 21 dan 28 peratus, berbanding angka yang setara pada 2020.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Pemogok lapar Abu Hawash berisiko untuk meninggal secara tiba-tiba

Rabu, 05-01-2022 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin telah memberi amaran kepada tahanan Palestin Hisham Abu Hawash, yang mogok lapar sejak lima bulan lalu, berisiko untuk meninggal secara tiba-tiba.

Menurut suruhanjaya itu, Abu Hawash telah memasuki fasa bahaya dan mula mengalami koma akibat mogok lapar berpanjangan.

Suruhanjaya turut memberi amaran yang Abu Hawash mungkin akan diberi makan secara paksa oleh doctor Israel, terutamanya setelah isteri beliau dilarang berada di sampingnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Hamas tidak memerangi perang proksi

Rabu, 05-01-2022 – “Hamas sedang berhadapan pertempuran yang rumit dengan penceroboh Israel”, ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya berkata, menambah setiap pusingan perlawanan melalui penilaian teliti.

Dalam satu temu bual dengan saluran satelit al-Jazeera pada lewat petang hari Ahad, Haneyya mengesahkan bahawa penentang Palestin mencapai kejayaan ke atas strategi pencegahan penceroboh Israel dan telah menyebabkan kerosakan yang teruk ke atas ekonominya semasa pertempuran Pedang Baitulmuqaddis.

Sebagai keputusan pertempuran pada Mei lalu, Haneyya menyambung, penentang Palestin di Gaza menetapkan peraturan baru penglibatan dan membuktikan yang ia tidak akan dipisahkan daripada pembangunan besar di arena Palestin terutamanya yang melibatkan Baitulmuqaddis, tahanan warga Palestin, peluasan penempatan dan pelarian warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Hamas mengecam pertemuan Abbas dengan Gantz

Selasa, 04-01-2022 – Gerakan Hamas mengecam sekeras-kerasnya pertemuan presiden Palestin Mahmoud Abbas dengan Menteri perang Israel, Benny Gantz, dan menyifatkan tindakan itu sebagai menikam dari belakang terhadap intifada pemuda Palestin di Tebing Barat.

Dalam kenyataan pada Rabu, Hamas berkata yang Abbas bertemu Gantz tanpa mengambil kira penjajahan yang sedang berlaku terhadap rakyatnya di Tebing Barat, serta menekankan yang rakyat Palestin daripada pelbagai lapisan mengutuk dan menolak perlakuan tersebut.

Ia turut menyatakan yang perlakuan Abbas akan menambahkan perpecahan politik dalaman Palestin, memburukkan situasi dan menggalakkan pihak-pihak lain untuk menormalisasikan hubungan dengan rejim serta melemahkan pendirian Palestin menolak normalisasi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas puji Algeria atas peranan menyokong perjuangan Palestin.

Selasa, 04-01-2022 – Pergerakan Hamas memuji Algeria di atas peranannya menyokong perjuangan Palestin dan menentang sebarang tindakan normalisasi dengan negara penceroboh Israel.

Ini dinyatakan semasa pertemuan di Algeria oleh delegasi Hamas yang diketuai oleh biro politiknya, Sami Abu Zuhri.
Menurut laman rasmi Hamas, delegasi berkenaan bertemu dengan ramai pegawai dan tokoh kebangsaan dari Dewan Negara Rakyat (dewan rendah Parlimen Algeria), Majlis Hak Asasi Kebangsaan, Barisan Pembebasan Nasional, Dewan Demokrasi Nasional, parti Barisan Masa Depan, Gerakan Masyarakat untuk Keamanan, Gerakan Pembinaan Nasional dan Persatuan Ulama Islam Algeria.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

154 pendatang mencemarkan Masjid Aqsa dengan kawalan polis

Selasa, 04-01-2022 – Puluhan pendatang Yahudi yang diiringi polis rejim pada pagi Khamis mencemarkan Masjid Aqsa.

Sekurang-kurangnya 154 orang pendatang, termasuk pelajar institusi keagamaan dan pegawai kerajaan memasuki masjid dalam pelbagai kumpulan melalui pintu Maghariba dan berkeliaran di dataran dengan kawalan ketat polis, demikian menurut sumber tempatan.Ketika mereka berada di kota suci Islam itu, para pendatang mendengar ceramah oleh para rabbi tentang kuil yang didakwa dan sejumlah mereka sengaja membuat probokasi dengan mengerjakan ibadat Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis musnahkan 40 kemudahan milik Palestin di Lembah Jordan

Jumaat, 31-12-2021 – Rejim Zionis pada tengah hari hari Selasa menyerbu perkampungan Khirbet Ibziq di lembah Jordan dan melaksanakan gerakan pemusnahan berskala besar.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa rejim Zionis mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon ketenteraan tertutup, menghalang pergerakan warga Palestin di kedua-dua arah. Dianggarkan 40 kemudahan milik warga Palestin dimusnahkan dalam gerakan itu, sumber tersebut menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

IOA musnahkan 10 fasiliti perniagaan di bandar Hizma

Khamis, 30-12-2021 – Rejim zionis (IOA) pada subuh Isnin memusnahkan beberapa fasiliti perniagaan di timur laut Baitulmuqaddis tanpa makluman awal.

Bekas Datuk Bandar Hizma Musallam Abu Helu berkata yang jentolak Israel dengan iringan polis menyerbu pintu masuk arah barat daya dan memusnahkan 10 fasiliti perniagaan atas alasan dibina tanpa lessen.

Fasiliti itu termasuk stesen minyak, kedai aksesori kereta dan kedai membaiki kereta. Tujuh daripada kedai dimiliki oleh seorang penduduk tempatan dari Hizma yang bernama Saad al-Khatib.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

120 peneroka haram cemari Masjid Al- Aqsa di bawah kawalan polis

Khamis, 30-12-2021 – Berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis telah mencemarkan Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis yang Diduduki pada pagi Isnin lalu.

Sekurang-kurangnya 120 peneroka, termasuk 35 pelajar institut agama, telah memasuki Masjid dalam beberapa kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan bersiar-siar halamannya di bawah perlindungan ketat polis, menurut sumber tempatan.

Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam tersebut, para peneroka haram tersebut dilaporkan menerima penerangan daripada para rabbi tentang Haram al-Sharif (yang dikenali oleh Yahudi sebagai Temple Mount), dan beberapa orang daripada mereka melakukan upacara Talmud dengan cara yang boleh membangkitkan kemarahan.

Sementara itu, polis rejim Zionis menyekat pergerakan jemaah Islam di pintu masuk dan pintu masuk Masjid Al-Aqsa, serta menculik tiga pekerja Awqaf Islam dari tempat kerja mereka di Masjid Aqsa.

Setiap hari, Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran daripada peneroka haram Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram Yahudi.

Semasa kehadiran peneroka haram di dalam perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Kami tidak akan berdiam diri di atas pencabulan berterusan Israel

Khamis, 30-12-2021 – Pergerakan Hamas berkata pada hari Isnin bahawa ia tidak akan berdiam diri sementara negara penceroboh Israel berterusan melakukan pencerobohan, Judaisasi dan perluasan penempatan di seluruh tanah Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada ulang tahun ke-13 Pertempuran al-Furqan (perang 2008-2009 ke atas Gaza), Hamas menegaskan bahawa penentang Palestin akan terus membina kekuatannya dan melakukan gerakan ketenteraan, menggesa negara penceroboh itu untuk memahami pengajaran dengan baik selepas Pedang Pertempuran Baitulmuqaddis.

Pergerakan itu mengulangi kepercayaannya bahawa pilihan untuk melakukan penentangan secara menyeluruh, terutamanya perjuangan bersenjata dan kebangkitan rakyat menentang pencerobohan, adalah cara optimum untuk mengeluarkan hak Palestin yang dirampas, membebaskan tanah, membela rakyat Palestin dan membendung pencerobohan dan jenayah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan