Categories
Berita Semasa

Dua lagi warga Palestin cedera di Halhul

Rabu, 15-06-2022 – Dua orang pemuda warga Palestin cedera pada petang hari Khamis selepas tentera rejim Zionis Israel melepaskan peluru hidup dan peluru logam bersalut getah ke arah rakyat Palestin semasa serbuan di bandar Halhul di utara bandar al-Khalil di Tebing Barat.

Menurut kementerian kesihatan Palestin di Ramallah, seorang pemuda Palestin cedera parah terkena peluru hidup rejim di dada manakala seorang lagi cedera di mata akibat peluru bersalut getah namun dilaporkan stabil. Mereka dipindahkan ke Hospital Kerajaan al-Khalil.

Awal pagi hari Khamis, pemuda Palestin Mahmoud Abu Ayhour, 27, syahid dan enam lagi cedera akibat tembakan rejim dalam serbuan tentera di bandar yang sama.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan