Rabu, 23-06-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas, tiba di Mauritania pada pagi Isnin dari Maghribi sebagai ketua delegasi kanan Gerakan Hamas.
Wartawan PIC mengatakan bahawa delegasi itu tiba pada petang Isnin di Nouakchott, terdiri daripada ahli biro politik Mousa Abu Marzouk, Ezzet al-Resheq, Khalil al-Hayya, Sami Abu Zuhri dan pegawai kanan lain.
Maher Obaid, seorang ahli biro politik Hamas, memberitahu PIC beberapa hari lalu bahawa Haneyya akan mula melawat Mauritania pada Isnin manakala tarikh-tarikh lain bagi melawat Algeria dan Russia sedang dirancang.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Rabu, 23-06-2021 – Selasa lalu Rejim Zionis merampas sebuah rumah bergerak dan menyampaikan notis perobohan ke atas sebuah rumah yang masih dalam pembinaan dan sebuah kandang ternakan di pelbagai kawasan di Betlehem.
Pegawai tempatan Hasan Berejiya mengatakan bahawa rejim Zionis menyerbu kawasan Khallet an-Nahla berhampiran perkampungan Palestin Wadi Rahal dan penempatan haram Efrat dan merampas sebuah rumah pasang siap milik seorang penduduk tempatan.
Berejiya menambah bahawa wilayah Khallet an-Nahla menjadi sasaran pihak berkuasa rejim Zionis dengan tujuan untuk membangun atau memperluas kawasan penempatan Yahudi. Baru-baru ini, tentera Israel menumbangkan berpuluh-puluh batang pokok zaitun yang sedang berbuah, memusnahkan tanah milik Palestin, dan merobohkan beberapa tembok penahan di kawasan tersebut.
Semasa beberapa kejadian sebelumnya, peneroka yang tinggal di penempatan haram berdekatan juga membuat kacau di merata-rata kawasan yang ditanam dengan beberapa jenis tanaman yang berbeza dan melancarkan serangan terhadap penduduk tempatan dan kediaman mereka.
Sementara itu, tentera rejim Zionis pada hari yang sama memberitahu penduduk kota Battir di sebelah barat Bethlehem, tentang niat mereka untuk merobohkan sebuah rumah kediaman yang sedang dibangunkan dan sebuah kandang ternak.
Salah seorang pemiliknya, Mohamed ash-Shawli, mengatakan bahawa pasukan rejim Zionis menyerbu kawasan ash-Sharfa di kota Battir dan menyerahkan notis perobohan ke atas sebuah rumah setingkat yang belum selesai miliknya dan satu notis lain ke atas kandang ternakan milik sepupunya Mohamed Ayesh.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Rabu, 23-06-2021 – Rejim Israel menahan tujuh pemuda Palestin dari beberapa tempat di daerah Jenin dan seorang wanita muda di Ramallah. Menurut sumber tempatan, pasukan khas rejim menahan empat pemuda ketika mereka berada berhampiran pos pemeriksaan tentera Dotan di bandar Ya’bad, selatan Jenin.
Empat mangsa yang ditahan itu dikenali sebagai Mohamed Ammuri, Mohamed Sayes, Mohamed Ar’arawi dan Ahmed Shawish.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Zainudin
Rabu, 23-06-2021 – Pejuang penentang Palestin terlibat dalam pertempuran bersenjata dengan Rejim Zionis pada subuh hari Selasa ketika rejim itu menyerbu rumah-rumah dan membuat tangkapan di bandar Jenin dan kem pelariannya.
Sumber setempat memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa bunyi berbalas tembakan dan letupan dapat didengar semasa kempen Rejim Zionis di bandar Jenin dan kem pelariannya. Sumber itu juga menambah bahawa lelaki bersenjata telah bertempur dengan tentera Israel di jalan-jalan yang berbeza di bandar itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Rabu, 23-06-2021 – Persatuan Badan Sosial Tempatan di Gaza, Selasa (22/6) menyatakan penolakan terhadap keputusan yang diambil Perdana Menteri Palestin dalam pertemuan di Ramallah pada Isnin lalu, berkait pembentukan kumpulan pembinaan semula Gaza.
Dalam kenyataan akhbarnya, Pihak Persatuan tersebut menyatakan, “Keputusan tersebut diambil tanpa berdialog terlebih dahulu dengan pihak-pihak berkaitan terutamanya mangsa serangan di Gaza serta tidak melibatkan organisasi sosial di Gaza.”
Pihak Persatuan menyeru agar persoalan pembinaan semula Gaza dihindarkan dari perselisihan dan perpecahan politik serta diadakan dialog serius di antara pelbagai pihak demi mendapat kata sepakat untuk langkah pembinaan semula Gaza secepatnya.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Rabu, 23-06-2021 – Sheikh Jamal Al-Taweel, seorang pemimpin Hamas, meneruskan mogok laparnya di dalam penjara Israel untuk hari kedua puluh berturut-turut pada hari Selasa sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbirannya dan juga anak perempuannya.
Sumber dari dalam Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan berkata Taweel mengalami keletihan, pening dan sakit di seluruh badan, dan telah kehilangan berat badan sebanyak beberapa kilogram. Dia hanya minum air dan enggan mengambil makanan tambahan.
Taweel, 59, menolak keputusan pihak penceroboh Zionis untuk menambah tempoh tahanan anak perempuannya selama lagi tiga bulan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 22-06-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada Ahad memusnahkan dua bilik pertanian dan mengeluarkan arahan menghentikan operasi kemudahan pertanian di barat Bethlehem.
Menurut sumber tempatan, jentolak Israel memusnahkan dua bilik pertanian berkeluasan 120 meter persegi yang dimiliki oleh dua adik beradik, Barakat dan Naim Abdel-Rahman Al-Rajabi di kawasan Abu Tayyah, tenggara al-Khalil.
Manakala, saksi mata melaporkan bahawa tentera rejim menyampaikan arahan menghentikan pembinaan kepada pemilik kemudahan pertanian di kampung Wadi Fukin, di barat Bethlehem, atas alasan tiada kebenaran pembinaan. Kemudahan yang terlibat ialah laluan berteduh yang digunakan untuk tujuan pertanian oleh warga Nayef Manasra.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Nor idawati
Selasa, 22-06-2021 – Lembaga Urusan Sivil Palestin memaklumkan terdapat prosedur baru yang memudahkan warga Palestin di Semenanjung Gaza, bermula Isnin pagi (21 Jun 2021).
Dalam siaran akhbarnya Lembaga Urusan Sivil menjelaskan, bermula hari ini warga Gaza yang terkandas di Jordan boleh pulang melalui pintu masuk Bet Hanun. Kemudahan pos dan pengiriman kembali dibuka untuk urusan keluar masuk menuju Gaza. Selain itu terdapat juga keizinan eksport hasil pertanian, termasuk hasil tenun ke sejumlah daerah di wilayah Utara dan Palestin 48.
Lembaga Urusan Sivil menuntut pemerintah Israel membuka semua pintu masuk Gaza untuk orang ramai dan barangan, serta mengizinkan eksport dan import keluar masuk Gaza, membebaskan barang yang tertahan di pelabuhan Israel bagi para pedagang Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : Osman
Selasa, 22-6-2021 – Berpuluh-puluh peneroka Yahudi pada pagi Isnin lalu telah mencemari Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Yang Diduduki.
Menurut sumber tempatan, sekurang-kurangnya 59 peneroka memasuki Masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengadakan lawatan di sekitar pekarangannya di bawah pengawasan polis.
Masjid Al Aqsa setiap hari terdedah kepada pencemaran oleh peneroka Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka haram menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci tersebut. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.
Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Islam di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci berkenaan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Ezatul
Selasa, 22-06-2021 – Jentolak tentera Israel pada pagi hari Isnin menyusup masuk ke kawasan tenggara sempadan di Smenanjung Gaza yang dikepung.
Menurut sumber tempatan, enam buah jentolak berperisai yang dikawal oleh dua buah kereta kebal Merkava menyusup masuk ke kawasan sempadan di sebelah timur daerah al-Fakhari, tenggara Khan Yunis, dan memulakan penggalian tanah.
Beberapa unit artileri di belakang pagar keselamatan dilaporkan melepaskan tembakan mesingan secara rambang ke arah kawasan tanah yang ditanam di kawasan itu semasa serangan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Amrul Azmi Mizan
Selasa, 22-06-2021 – Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) telah menunda selama lebih seminggu untuk memberi kebenaran kepada peguam Suruhanjaya Tahanan melawat tahanan yang sedang mogok lapar, Ghadanfar Abu Atwan, yang dipindahkan dan ditahan di Hospital Kaplan Israel baru-baru ini berikutan keadaan kesihatannya yang bertambah buruk.
Suruhanjaya berkenaan berkata pada hari Isnin bahawa wujud kebimbangan terhadap nyawa Abu Atwan, terutamanya setelah IPS mencederakan dan menyerangnya dengan kejam sebelum ini dan dia telah dibawa beberapa kali ke hospital di Israel.
Kenyataan itu juga menambah bahawa Abu Atwan menolak lebih dari sekali untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan menahan diri dari meminum air sebagai bentuk protes terhadap layanan buruk yang diterimanya baru-baru ini.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Neina Mukhtar
Selasa, 22-06-2021 – Pada Isnin, tentera Zionis telah menculik sejumlah warga Palestine di Tebing Barat, Jerusalem dan di beberapa wilayah Palestine yang dijajah oleh Israel sejak tahun 1948.
Menurut sumber tempatan, rejim zionis menyerbu pinggir bandar Shuweika di utara Tulkarem dan menculik Atiya Di’bas dan saudaranya Qadar Di’bas. Bapanya Abdullah Di’bas telah syahid kerana telah ditembak mati oleh Israel pada Mei lalu di pusat pemeriksaan tentera Salem di utara Jenin.
Di wilayah Qalqiya, rejim zionis menculik dua pemuda dari bandar Kafr Qaddum dan seorang lagi dari bandar Azzun. Mereka dikenali senagai Ayman Mohamed, Zahi Taher dan Nizar Ashraf.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Shuhada Sayuti
Selasa, 22-06-2021 – Pihak Berkuasa Rejim Zionis ( IOA) memaksa seorang warga Jerusalem untuk merobohkan kedainya di bandar al-Mukabir pada hari Isnin. Sumber tempatan berkata pihak perbandaran IOA memaksa Sami Ja’bees meruntuhkan kedainya di pinggiran Sal’a dengan alasan tiada permit membina bangunan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad
Selasa, 22-06-2021 – Puluhan warga Palestin mengalami masalah pernafasan semasa pertempuran bersama rejim Zionis (IOF) di kawasan Al-Wad yang berada di antara bandar Ni’lin dan Qibya, di sebelah barat Ramallah.
Datuk bandar Ni’lin, Imad al-Judge, mengatakan bahawa pertempuran berlaku di mana tentera IOF menembak peluru logam berlapis getah, bom serta gas pemedih mata di rumah warga Palestin. Puluhan orang awam mengalami kesukaran untuk bernafas.
Sementara itu, IOF bersama jentolak milik Majlis Desa Qibya telah melakukan penambakan tanah di kawasan yang sama.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Dr Nurul
Khamis,17-06-2021 – Segerombolan peneroka haram Yahudi dan pendita eksterimis Yehuda Glick mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa di kawasan pengepungan Jerusalem pada pagi Selasa, di tengah kawalan ketat di kawasan tanah suci untuk keselatan perarakan bendera yang bakal dilancarkan oleh golongan pelampau Yahudi lewat hari ini.
Seperti biasa, gerombolan peneroka haram memasuki kawasan Masjid dalam kumpulan yang berbeza dan berkeliaran di kawasan perkarangan di bawah perlindungan polis. Sumber tempatan berkata sekurang-kurangnya 54 peneroka haram dan pendita Glick mencemari kawasan masjid pada waktu pagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : Hairul Ahmad