Categories
Berita Semasa

Badan Tertinggi Islam: Tembok Burqa tidak boleh dipisahkan dari masjidil al-Aqsa.

Selasa, 06-06-2017 – Badan Tertinggi Agama Islam Baitulmuqaddis menjelaskan bahawa Tembok al-Burqa (Dinding sebelah Barat, Masjid al-Aqsa) sebenarnya hanya untuk orang Islam sahaja.

Penjelasan tersebut dibuat bagi menjawab dakwaan tidak berasas pihak media Yahudi yang menyatakan, mereka mempunyai hak ke atas tembok tersebut dan mahu ia kekal di bawah penguasaan mereka.

Bagaimana pun menurut Majlis itu, kenyataan dan dakwaan pihak Yahudi berkaitan tembok berkenaan hanya bertujuan untuk mengubah fakta sejarah serta menambah bahawa mengikut ajaran Islam, mana-mana bahagian dindingnya tetap dianggap sebagai bangunan masjid itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Perwakilan Hamas yang diketuai oleh Sinwar tiba di Kaherah

Selasa, 06-06-2017 – Perwakilan dari Gerakan Hamas tiba di Kaherah pada Ahad untuk berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir tentang perhubungan dua hala serta perkembangan Palestin.

Hazem Qassem, seorang jurucakap Hamas memberitahu PIC yang delegasi itu diketuai pemimpin Hamas di Gaza Yehya Sinwar serta turut disertai ahli biro politik Rawhi Mushtaha and Setiausaha Dalaman Tawfiq Abu Naim.

Beliau berkata yang delegasi itu meninggalkan Gaza melalui sempadan Rafah dan tiba di ibu kota Mesir bagi menghadiri perjumpaan dengan saudara-saudara di Mesir untuk membincangkan beberapa isu yang menjadi perhatian bersama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Beratus-ratus Hilang Pekerjaan Selepas Tentera Israel Memusnahkan Kilang Arang Batu di Yabad

Selasa, 06-06-2017 – Jentolak milik Israel telah melanggar lima kilang arang batu di barat daya bandar Jenin, Yabad lalu menyebabkan beratus-ratus rakyat Palestin hilang pekerjaan.

Tentera Israel memusnahkan lima kilang tersebut untuk mengeluarkan arang batu dan merampas beratus-ratus tan kayu yang
bernilai puluhan ribu syikal. Menurut sumber-sumber tempatan, kenderaan tentera Israel itu yang diiringi oleh jentolak telah mengepung tanah Palestin di Yabad dan melanggar struktur arang batu dan peralatan disitu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel Serbu Perkampungan Yanun di Timur Nablus

Selasa, 06-06-2017 – Pasukan militan penjajah Zionis pada Ahad (4/6/2017) petang menyerbu kampung Yanun di Aqraba di timur Nablus, wilayah utara Tebing Barat, bersama pakar arkeologi Zionis. Mereka menggeledah sebahagian rumah lama di kampung tersebut dan berusaha masuk ke dalam masjid. Seorang penduduk, Muhammad Abu Haniyah menyebutkan bahawa penyerbuan berlaku pada Ahad petang sehingga waktu berbuka puasa. Mereka menaiki kereta awam yang di dalamnya para tentera berpakaian seragam. Abu Haniyah menjelaskan bahawa mereka berusaha masuk ke dalam masjid lama di kampung tersebut.

Namun mereka dihalang kerana di dalam masjid ada jamaah yang sedang beribadah. Mereka akhirnya hanya mengambil gambar dalam masjid. Pakar arkeologi yang ikut serta dalam penyerbuan mendakwa bahawa tembok selatan masjid melencong 10 darjah dari kiblat dan mengarah persis ke Baitul Maqdis, hal ini menunjukkan bahawa masjid tersebut “bukan tempat ibadah umat Islam”.

Abu Haniyah menyatakan bahawa aktiviti penggalian sudah dilakukan di rumah-rumah yang sudah ditinggalkan penghuninya yang berada dekat dengan masjid. Penggalian dilakukan dengan alasan untuk mencari jejak peninggalan Yahudi dengan menggunakan peralatan yang mereka bawa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Abu Tair : Gerakan Tahanan Perlu Nilai Semula Perancangan

Selasa, 06-06-2017 – MP BaitulMaqdis, Mohammed Abu Tair berkata pada hari Selasa bahawa tahanan Palestin di penjara Israel hidup keadaan yang sukar. Abu Tair, 65, telah dibebaskan pada pagi Selasa dari penjara Negev selepas menjalani hukuman penjara 17 bulan.

Katanya dalam kenyataan selepas dibebaskan, jika mogok lapar itu telah dirancang dengan baik, keputusan akan menjadi lebih berkesan, sambil menambah bahawa gerakan tahanan perlu menilai semula kedudukannya dengan mengambil kira serangan baru-baru ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Forum Wartawan menyelar PA kerana menahan 2 wartawan

Isnin, 05-06-2017 – Forum Wartawan Palestin menyelar pihak berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat kerana menahan 2 wartawan serta menyerbu kediaman mereka dan merampas computer riba serta kamera. Ia turut menyelar PA kerana mengganggu para wartawan.

Menurut forum tersebut, perisikan PA di Salfit menahan bekas pengarah akhbar Filistin, Walid Khaled pada Ahad di Tebing Barat. Beliau merupakan bekas tahanan yang telah dipenjarakan selama 15 tahun di penjara Israel dan juga pernah ditahan lebih daripada sekali di penjara PA.

Pihak keselamatan pencegahan PA di Bethlehem menahan seorang wartawan Qutaiba Qasem setelah beliau dipanggil untuk disoal siasat pada pagi Isnin. Beliau juga merupakan bekas tahanan yang telah menjalani hukuman penjara selama 4 tahun di penjara Israel dan telah ditahan beberapa kali di penjara PA.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tingkatkan pengawasan di Kota Baitulmuqaddis sempena perayaan Shavuot.

Isnin, 05-06-2017 – Rejim Israel menggerakkan anggota polisnya untuk meningkatkan pengawasan di Kota Lama Baitulmuqaddis bagi memberi kemudahan kepada pendatang Yahudi memasuki Tembok al-Buraq sempena cuti umum menyambut perayaan Shavuot yang jatuh pada hari Rabu, 31 Mei.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak polis Israel, di malam sambutan perayaan Shavout yang diadakan di Tembok al-Buraq itu, pada masa yang sama umat Islam sedang melakukan sembahyang sunat Terawih di masjid al-Aqsa.

Polis rejim turut mengumumkan akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan pengawasan terhadap warga Palestin yang memasuki kota tersebut tanpa surat kebenaran dan kepada sesiapa sahaja yang cuba menawarkan pengangkutan atau tempat tinggal kepada pengunjung.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menahan Wanita Palestin di Al-Khalil

Isnin, 05-06-2017 – Pihak tentera Israel menahan seorang wanita Palestin kerana memiliki sebilah pisau pada petang Selasa lepas berhampiran Masjid Ibrahimi.

Wanita berusia 17 tahun itu ditahan dan diperiksa oleh Polis Israel yang seterusnya menemui sebilah pisau didalam begnya. Beliau yang berasal dari Taffuh, sebuah bandar di Al-Khalil kemudiannya dipindahkan serta merta ke pusat Interogasi Israel atas tuduhan cubaan menikam.

Berpuluh pos pengawal Israel ditempatkan di Al-Khalil dan kawasan sekita Masjid Ibrahimi bertujuan untuk mengawal pergerakan penduduk Palestin dan menahan mereka walau tanpa tuduhan yang kukuh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Palestin Negara Paling Rugi dalam Siri Lawatan Trump ke Timur Tengah

Isnin, 05-06-2017 – Sebuah kajian menunjukkan lawatan Presiden Amerika Syarikat; Donald Trump ke Arab Saudi dan kawasan Palestin yang dijajah merupakan suatu perkara baru dalam sejarah US, tambahan lagi ianya sangat bertentangan dengan sikap Presiden US yang lepas; Barrack Obama dalam menangani konflik Palestin dan Israel.

Kajian yang dibuat oleh Forum Palestin bagi Kajian Israel mengesahkan bahawa keterlibatan pemimpin Palestin dalam lawatan Presiden US berkenaan bagaikan tiada langusung.

Tiga persoalan timbul dari lawatan Trump mengenai kedudukan negara Israel melalui kenyataannya. Pemimpin sayap kanan percaya pendirian Trump adalah konsisten dengan polisi kerajaan Israel dan sayap kanan Israel, pemipin pembangkang Israel percaya bahawa polisi Trump adalah masih lagi sama dengan pendirian beliau pada tahun lepas yang menentang polisi baru Kerajaan Israel manakala pihak berkecuali percaya bahawa Trump tidak akan melakukan apa-apa kerana beliau tidak tahu apa-apa dan tidak mempunyai visi mengenai konflik yang berlaku atau penyelesaian terhadap konflik kedua-dua belah pihak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Keputusan Undian: 59% rakyat Palestin Tidak Berpuas Hati Dengan kedudukan Pihak Berkuasa Palestin (PA)

Rabu, 31-05-2017 – Keputusan satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa 59% rakyat Palestin tidak berpuas hati dengan kedudukan dan prestasi Pihak Berkuasa Palestin (PA), manakala, 48% menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan kedudukan rakyat Palestin.

Tinjauan tersebut yang telah dijalankan pada 21 hingga 23 Mei lalu oleh Institut Arab bagi Penyelidikan dan Pembangunan, juga menunjukkan bahawa 57% daripada rakyat Palestin menganggap kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai harapan beliau untuk mencapai perjanjian damai tidak lama lagi antara Palestin dan Israel sebagai tidak serius. 51% rakyat Palestin, bagaimanapun percaya bahawa Trump mampu mencapai perjanjian itu jika beliau mahu.

Menurut tinjauan yang diedarkan kepada 500 rakyat Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, 47% daripada rakyat Palestin dijangka mencapai penyelesaian dua negara tidak lama lagi jika rundingan disambung semula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Larijani ucap tahniah kepada Haneya selepas terpilih mengetuai Hamas.

Rabu, 31-05-2017 – Ketua Dewan Parlimen Iran, Ali Larijani telah menghantar perutusan tahniah kepada Ismail Haneya yang terpilih memegang jawatan Ketua Biro Politik Hamas dalam pemilihan pucuk pemimpinan pertubuhan itu, baru-baru ini.

Menerusi ucapannya melalui talian telefon itu, Larijani menjelaskan bahawa Dewan Parlimen dan negara Iran menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaskan Baitulmuqaddis dan seluruh wilayahnya termasuk yang sedang diduduki oleh penjajah Israel.

Ismail Haneya terpilih menjawat Pengerusi Biro Politik Hamas yang baru dalam pemilihan pucuk pemimpinan Hamas yang diadakan pada 6, Mei menggantikan Khaled Mishaal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Tenaga Gaza meminta kerajaan PA memenuhi janjinya

Rabu, 31-05-2017 – Pihak Berkuasa Tenaga Gaza mengesahkan pada Isnin yang pihaknya menyetujui sepenuhnya syara-syarat yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) menerusi perantara bagi menyelesaikan krisis elektrik.

Pihak Berkuasa Tenaga berkata dalam kenyataannya tentang kenyataan oleh ketua Bahagian Tenaga dan Sumber Asli di dalam PA, Zafer Melhem, yang menyatakan PA akan menggunakan kuasa untuk membawa kembali krisis itu ke arena politik.

Ia menjelaskan yang 69 daripada pekerjanya bekerja untuk PA, serta memperakui yang ia sentiasa menjemput PA untuk turut serta di dalam lembaga pengarah Syarikat Pengurusan Elektrik Gaza. Namun jemputannya tidak mendapat sambutan setakat ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya Keluarkan Artikel Perjanjian Hentikan Mogok Lapar

Rabu, 31-05-2017 – Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas tahanan mengeluarkan perjanjian tuntutan kemanusiaan yang paling penting semasa rundingan antara kepimpinan gerakan tahanan Palestin dan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS). Di bawah perjanjian itu, yang dipanggil “Perjanjian Ashkelon”, tahanan mengumumkan untuk menghentikan mogok lapar 41 hari mereka.

Perjanjian itu termasuk membenarkan lawatan keluarga, menambahbaik kaedah lawatan ini, menghapuskan larangan yang dikenakan ke atas beribu-ribu saudara-mara banduan dan larangan yang tidak wajar ke atas lebih daripada 140 kanak-kanak yang tidak pernah dibenarkan oleh IPS untuk melawat ibu bapa mereka.

Bagi banduan wanita, telah dipersetujui untuk mengumpulkan mereka di dalam penjara Sharon, menyediakan mereka dengan alat-alat kraftangan, menetapkan sistem khas untuk pemindahan mereka untuk urusan mahkamah, dan membawa pengawal wanita untuk mencari mereka dan bukannya lelaki. Tahanan juga menuntut memperbaiki keadaan yang berkaitan dengan penahanan, pendidikan dan pemindahan terutamanya untuk kanak-kanak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas Seru ‘Kemarahan Umat’

Selasa, 30-05-2017 – Gerakan Hamas menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat untuk mengambil bahagian dalam penentangan halangan Israel di beberapa tempat pada Jumaat depan bagi menandakan hari ke-40 mogok lapar terbuka yang dilancarkan oleh tahanan Palestin di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Rabu, Hamas mengumumkan Jumaat depan sebagai hari kemarahan dan menyeru untuk mengambil tindak balas bagi menyokong tahanan mogok lapar yang makin kritikal. Ia juga bertujuan untuk mempertahankan al-Aqsa yang terus cuba ditawan Israel.

Hamas menyeru rakyat Palestin, orang Arab dan umat Islam untuk mengambil tindakan segera dalam memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk menyelesaikan isu mogok lapar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Masri: Dasar berat sebelah AS tidak akan ubah sejarah.

Selasa, 30-05-2017 – Sayap Wanita Hamas telah menganjurkan satu perhimpunan di tengah bandar Gaza bagi membantah kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menuduh perjuangan rakyat Palestin dan Pergerakan Hamas sebagai pengganas.

Semasa berucap di perhimpunan itu, pemimpin Hamas, Mushir al-Masri secara jelas turut membidas sikap talam dua muka pentadbiran AS dan pihak Israel.

Dengan dasar berat sebelah yang diamalkannya, tidak mungkin AS mampu merubah sebarang fakta sejarah, malah ia tidak akan membantu rakyat Palestin meneruskan perjuangan mereka, biarpun perjuangan itu diperakui oleh konvensyen dan undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali