Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Ugut Musnahkan Rumah di Perkampungan Tebing Barat

Khamis, 17-03-2022 – Tentera Israel memaklumkan seorang warga Palestin pada hari Isnin mengenai rancangan mereka untuk merobohkan rumahnya di kampung Kisan, timur Bethlehem.

Timbalan ketua majlis kampung Anwer Ghazal berkata seorang penduduk tempatan menerima
perintah roboh terakhir terhadap rumahnya, sambil menambah lima sekeluarga tinggal di rumah
itu.

Beliau menegaskan bahawa tentera Israel telah merobohkan dua rumah milik keluarga yang
sama di kampung itu kira-kira dua tahun lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Lebih 170 Peneroka Cemari Masjidil Aqsa

Khamis, 17-03-2022 – Puluhan peneroka Yahudi diiringi pasukan polis mencemarkan Masjidil Aqsa pada pagi Isnin dan waktu petang.

Berdasarkan sumber tempatan, sekurang-kurangnya 175 peneroka masuk dari Gerbang Maghariba untuk mengelilingi halaman masjid secara berkumpulan. Antara mereka yang terlibat adalah 65 pelajar dari institusi Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

IOF menyerang di kawasan sempadan Gaza

Khamis, 17-03-2022 – Tentera rejim melakukan serangan di kawasan sempadan utara Semenanjung Gaza pada pagi Isnin.

Menurut sumber tempatan, lapan jentolak berperisai yang diiringi dua kereta kebal Merkava bergerak dari pos tentera ke kawasan sempadan di timur bandar Beit Hanoun.

Kenderaan berat itu mula meratakan dan menggali tanah pertanian yang terletak beberapa meter dari pagar sempadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Raja Jordan tekankan ‘kepentingan perjuangan Palestin’

Khamis, 17-03-2022 – Raja Jordan, Raja Abdullah II telah mengulangi kepentingan perjuangan Palestin dan keperluan lebih banyak usaha antarabangsa untuk mencapai keamanan yang berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara.

Raja Jordan membuat ucapannya semasa pertemuan pada Ahad di ibu negara Norway, Oslo, dengan perdana menteri negara itu, Jonas Gahr Store.

Raja Abdullah menegaskan bahawa penyelesaian dua negara mesti membawa kepada penubuhan negara Palestin yang merdeka pada 4 Jun 1967 dengan Baitulmuqaddis timur sebagai ibu kotanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan


Categories
Berita Semasa

Adalah: Israel kembali melarang keluarga Palestin bersatu

Selasa, 15-03-2022 – Adalah, Pusat Perundangan Hak Minoriti Arab di Israel, menyelar ‘undang-undang pembaharuan kewarganegaraan dan kemasukan ke Israel’ sebagai salah satu undang-undang paling bersifat perkauman dan diskriminasi di dunia, serta menyeru agar menariknya dengan segera.

Menurut Adalah, Israeli Knesset meluluskan undang-undang into dengan undi majoriti 45-15 pada 10 Mac 2022.

Undang-undang itu melarang penyatuan semua keluarga Palestin. Menteri Dalam Israel dilarang meluluskan status residen dan warganegara kepada warga Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang berkahwin dengan warga Palestin di Israel. Ia turut melarang penyatuan di antara warga atau residen Israel dengan pasangan dari negara yang dilabel sebagai ‘negara musuh’ termasuk  Syria, Lubnan, Iraq and Iran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

101 Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Selasa, 15-03-2022 – Sekumpulan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Ahad dan seterusnya petang hari yang sama.

Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 101 peneroka memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya.

Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi lepaskan tembakan ke arah sekolah di Tebing Barat

Selasa, 15-03-2022 – Seorang penceroboh Yahudi lengkap bersenjata telah melepaskan tembakan pada pagi Ahad ke atas dua buah sekolah Palestin di bandar Tuqu, timur Baitulmuqaddis di Tebing Barat yang diduduki.

Bassam Jaber, ketua direktorat pendidikan di Baitulmuqaddis, melaporkan bahawa seorang penceroboh bersenjata melangkah keluar dari bas yang membawa sekumpulan penceroboh dan melepaskan tembakan di Sekolah al-Khansa dan Sekolah al-Jarmaq di bandar itu.

Jaber menambah bahawa serangan tembakan itu mencetuskan keadaan panik dalam kalangan pelajar perempuan yang berada di dalam sekolah dan memaksa pentadbiran mereka menghantar semua pelajar perempuan itu pulang secara beransur-ansur.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Larangan Solat di Masjid Hamidiyah di Bethlehem oleh Tentera Israel

Isnin, 14-03-2022 – Tentera Israel telah menyerahkan arahan bertulis pada hari Rabu yang melarang penduduk Palestin di bandar al-Khader di selatan Bethlehem daripada menggunakan Masjid Hamidiyah
dan kawasan sekitarnya.

Menurut aktivis tempatan Ahmed Salah, tentera Israel menyerbu bandar itu dan meletakkan notis mengarahkan penduduk tempatan berhenti solat di masjid, mengubahsuai dan menuntut semula tanah di sekelilingnya.

Masjid yang dibina 250 tahun lalu itu diselia oleh pekerja Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin dan digunakan untuk solat oleh petani dan penduduk yang tinggal dan bekerja di kawasan berhampiran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin meninggal akibat kecederaan ditembak oleh IOF

Isnin, 14-03-2022 – Seorang pemuda Palestin meninggal akibat cedera sejak minggu lepas ketika pertelingkahan dengan tentera rejim zionis (IOF) di utara Tebing Barat.

Aktivis tempatan Ghassan Daghlas mengesahkan yang Ahmed Hikmat Seif, 23, meninggal pada Rabu akibat cedera teruk ditembak oleh IOF ketika pertelingkahan yang berlaku Selasa lepas, di kemasukan bandar Burqa utara Nablus.

Lima peluru ditembak ke arahnya dari jarak dekat dalam satu serangan hendap oleh Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel serang kebun warga Palestin di utara Gaza

Isnin, 14-03-2022 – Tentera rejim Israel pada pagi hari Rabu menyerang petani warga Palestin semasa kehadiran mereka di kawasan pertanian di utara Semenanjung Gaza yang dikepung.

Menurut sumber tempatan, tentera rejim melepaskan tembakan berhampiran pagar sempadan di timur bandar Beit Hanoun, memaksa petani berhenti mengusahakan tanah mereka dan meninggalkan kawasan itu.

Pada hari Selasa, tentera rejim turut melancarkan serangan tembakan dan gas pemedih mata ke atas petani di kawasan berlainan di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Bot Pembedil Israel Serang Nelayan Palestin di Perairan Gaza

Khamis, 10-03-2022 – Tentera Israel telah menyerang nelayan Palestin dan bot mereka di luar pantai Khan Yunis di selatan Gaza pada petang Ahad.

Menurut sumber setempat, bot pembedil Israel melepaskan tembakan mesingan ke arah beberapa bot nelayan dalam jarak tiga batu nautika dari pantai Khan Yunis. Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan tembakan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin isytiharkan langkah-langkah baru bantahan

Khamis, 10-03-2022 – Para tahanan Palestin mengambil keputusan pada Isnin untuk meningkatkan bantahan pada 30 hari lepas sebagai tanda sokongan kepada tahanan-tahanan Nafha.

Langkah-langkah itu termasuk menutup semua bahagian tahanan.

Keputusan para tahanan itu diambil selepas sessi dialog with pentadbiran penjara Israel yang enggan menarik tindakan hukuman di penjara Nafha.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penceroboh Yahudi pasang khemah, rumah mudah alih di perkampungan Battir

Khamis, 10-03-2022 – Sekumpulan pelampau penceroboh Yahudi menyerbu kawasan al-Khammar di kampung Battir, barat Baitulmuqaddis; memasang khemah dan rumah mudah alih yang besar di atas sebidang tanah milik penduduk tempatan.

Saksi melaporkan bahawa penceroboh membawa traktor pertanian, trak dan kereta ke kawasan itu sebagai permulaan kepada penubuhan sebuah pos.

Kumpulan penceroboh telah cuba merampas tanah ini selama bertahun-tahun, tetapi penduduk tempatan sentiasa memaksa mereka untuk mengalihkan khemah mereka dan menggagalkan percubaan mereka untuk membina sebuah pos.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa

Selasa, 08-03-2022 – Segerombolan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu.

Menurut Pentadbiran Wakaf Islam di Jerusalem, sekurang-kurangnua 134 peneroka memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya. 85 pelajar dari institut institut Talmud adalah antara peneroka yang mencemari masjid itu ketika lawatan pagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina

Categories
Berita Semasa

Puluhan warga Palestin cedera dalam pertelingkahan di al-Khalil

Selasa, 08-03-2022 – Dua wartawan cedera akibat tembakan peluru besi manakala puluhan lagi menderita akibat terhidu gas pemedih mata setelah rejim zionis (IOF) menyerbu kawasan Bab al-Zawiya di al-Khalil pada petang Selasa.

Pertelingkahan tercetus apabila tentera IOF menghentikan perarakan di bandar itu.

Wartawan Abdel Mohsen Shalaldeh telah ditembak oleh peluru getah di tangan, manakala seorang lagi wartawan Mosab Shawar ditembak di kaki. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati